Wednesday, December 29, 2010

dia dah besar

Assalamualaikum..

tadi pagi agak sibuk menyiapkan slide. sekarang, dah siap!! so, ada free skit, tinggal nak buat SKT aku tak buat lagi.. hehehe. ntah2 orang lain dah dapat markah aku baru nak buat. nasibla, keje banyak camana nak buat tu..

okey.. dah lama tak tepek gambar kan.. lama la sangat, baru je tepek gambar ngan mawi. hehe... jom tengok mawi kecik ku :-)

hai. saya aqil :-)

masa ni lepas amik dia balik nursery.. "aqil, meh ibu amik gambar aqil.. ibu tak de cite nak tulis kat blog, amik gambar aqil je la" haha. boleh plak ibu kekeringan idea tiba2.. aqil pun layan je la kan..

ni dia sibuk nak pakai kasut dia.. sebab nak tengok fish kat pond. kasut ben10 dia, aku dah tinggalkan kat nursery.. biar la tinggal, hari2 nak bawa kasut, kadang tu boleh terlupa. now dia dah ada kasut 'crocs tipu' yang baru, boleh la tinggal kat nursery kasut ben 10 tu.. dia dah semakin boleh terima kenyataan hari2 kena pegi sekolah.. hehe. kalau tak, pagi2 mesti nangis, tapi nangis slow je la, kejap je nangis nya. dah makin besar anak ibu ni..

kalau suruh dia kemas mainan dia yang sepah2 tu kan, dia pun kira satu, dua, lima, sebelas.. haha. main ikut suka je sebut nombor tu.. kalau kita satu, dia dah dua.. cuma ABC, dia ada pelat skit tang nak sebut H, F, S.. macam tu la.. tak pela, still early rite.. bagus juga duk nursery ni, nak tunggu ibu & ayah ajar, lambat skit la, ibu balik pun dah penat..


okey, ni hasil susu aku pagi ni.. lately, tiap2 hari macam ni la. tak pela, aqil pun dah besar, dah jarang minum susu. kena paksa ngan cikgu dia baru habis. kalau tak, membazir. stok susu pun ada la dalam 10 botol yang lebih kurang macam ni la isi nya. boleh la kan. jangan ada yang tak tutup peti rapat sudah.. nangis nanti. bukan anak yang nangis, ibu nye yang nangis sebab penat pam & ralat, susu cair kerana kecuaian manusia..

ok daa.. wassalam

p/s: sekarang nak letak picture kena letak watermark & edit skit. hehe.. tersuka & terpaksa rajin :-). warna frame mengikut kaitan warna gambar.. hehe


4 comments:

ejaMaria said...

akak masih tak rajin watermark gambar... ade cara senang tak?

SiNoMoSa said...

camne rupa kasut crocs tipu? wakaka

Suliana said...

ntah la yek, su pakai picnik / picasa.. ada orang dia beli watermark kat designer yg pandai buat benda ni. tapi rasanya mcm kena edit jugak ... hehe

Suliana said...

kak shim,

yg mcm akak pakai tu la.. haha.. tak de la.. yg kasut getah budak2 tu, 10 hengget je sepasang..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails