Monday, December 27, 2010

coretan isnin

Assalamualaikum..

take five sambil pam susu :-) salam hari isnin. hari ni macam ramai orang cuti kan.. tadi pegi keje, tak de la jem sangat, keta pun tak banyak. aku pun bajet macam cuti, bangun lambat. huhu. so, punch 8:06 minit.. bos kecik cuti 3 hari. yeay! yeay ke?? macam tak je. even bos aku cuti, ada je orang mengarah aku buat itu ini.. so, hari ini adalah banyak keje, tapi boleh kontrol lagi. satu dah siap.. tu hutang 2 minggu lepas, baru boleh siap minggu ni..

aktiviti hujung minggu, attend wedding je la. dan seperti yang semua sedia maklum, tercatat satu lagi memori.. hehe.. sengih lagi :-) tu je la aktiviti aku. weken memang tak lekat rumah, kalau dapat sehari duduk rumah pun, esok mesti nak keluar punya. amik angin. so, kawan2 yang nak datang umah tu, calling2 la dulu, no suprise visit yek.. hehe..

aqil pagi tadi pun tak bangun lagi masa angkat dari katil. kena kejut dia. kang tiba2 celik mata kat nursery, terus nangis. tapi semalam & pagi tadi dah cakap dengan dia, esok aqil pegi sekolah tau. dia diam je.. selalu nya dia akan cakap tak nak.. pastu, tadi masuk nursery, terus baring. good boy..

semalam, masa orang riuh rendah tengok bola, aku lipat kain. alhamdulillah, habis lipat kain dalam masa sejam. bayangkan, sejam berapa banyak kain, stok seminggu tu. hehe.. aqil plak, tak kacau, dia tengok upin ipin sementara ayah dia tengok bola terjerit2.. yang herannya, masa aku lipat2 kain tu, yang bersorak kat umah aku memang sorang je la kan, jiran aku ntah umah yang mana ntah, riuh suara orang pompuan bersorak... hehe.. aku tak de la layan sangat. sebab tahu, kerja rumah banyak, tu pun tak habis buat.

tertido dengan aqil.. actually banyak plan nak kemas rumah, tunggu masa yang sesuai aje. drawer aqil tu, belum sort lagi baju2 zaman baby dia. mesti bertimbun kan. hehe.. kena buat masa aqil tido ke, main2 ke.. kalau tak, aku lipat, dia punggah.. sampai kesudah tak siap projek mengemas tu.

okey la fren.. to be continue. bye. wassalam ;-)

1 comment:

Syahada Ahmad said...

sha baru kemas 2 malam lepas baju2 aliya yang dah x bole pakai. Simpan dulu kot2 mana la tahu anak 2nd pun gegel. hehehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails