Wednesday, December 15, 2010

cakap dalam kelambu

Assalamualaikum..

Hari ini, sekali lagi opis senyap sunyi. diorang pegi bengkel mentor menti kat hotel 2 hari.. so, untuk unit aku, aku je la yang tinggal.. boleh la concentrate buat minit mesyuarat hari ini. Semalam, dah lepas satu minit mesyuarat. hari ni, satu lagi tinggal, kena hadap telinga kat speaker nak dengar betul2.. hehe.. aku kalau amik minit memang macam tu, tulis2 juga, tapi lebih bergantung kepada recorder untuk isi yang lebih mantap. chewahh.. sebab selalunya masa meeting, aku kadang pemikiran ke lain.. banyak naw berangan :-) kalau recorder tak rekod, masak la menggelupur ingat2 je la apa yang aku cakar2 dalam buku tu.. hehe..

kadang tu, pening juga kalau masuk mesyuarat ni. ada mikrofon, tapi tak menggunakannya. sebagai salah seorang yang mencatit minit tu, penat leher aku ni panjang2 nak dengar apa yang diorang cakap ni.. lebih2 lagi kalau orang lelaki yang bercakap. bercakap macam dalam kelambu, bisik2. tapi yang herannya, sama2 diorang ni dengar pulak apa yang orang jauh tu bisikkan.. faham pulak tu.. heran aku.. aku je yang tak dapat tangkap apakebendanya tuh.. hehe.. kalau orang terengganu cakap "cakap dok butir".. guane, tul dop? hehe..

kes samala ngan laki aku ni. kalau pagi2 tu kan, malas nak bercakap. yela, mood pagi kan. diam jek. tapi kalau nak borak tu, cakap la kuat2 skit. ni cakap suara dari dalam tekak je. sila lontarkan vokal anda. kadang2 boleh bikin panas, sebab tak dengar, kena "aaa, apa dia?" kadang2 tu 2 3 kali ulang. ke telinga aku yang problem?? haha.. kadang tu tanya lain, jawab lain.. hahaha.. dasar gegendang tebal. kalau time malam tu, boleh la nak cakap slow2, amik mood. haha.. ni pagi2, mood tarak tau nak slow2 motion bagai dalam kelambu ni.. hehe..

Agaknya memang macam tu lumrah kehidupan. orang pompuan suaranya nyaring, walaupun slow, tetap boleh dengar. orang lelaki, suaranya garau, cakap slow, memang la kena ulang 2 3 kali. huhu.. memang ngam la kami ni.. hehe. eh, tetiba melalut dari minit mesyuarat ke lontaran vokal.. hehe. bye. wassalam


takkan nak sampai pakai healer?? :-)
kredict pic to mr. google


2 comments:

littlehumblelynn said...

sue

jangan tensen2!!pelan2 kayuh ok..

Sharinginfoz said...

kena raise this issue kalau tak kita yang susah kan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails