Saturday, December 4, 2010

berpagi pagi..

Assalamualaikum...

Berpagi-pagian itu sangat elok..orang tua2 kata pagi2 kena buka pintu rumah, tingkap, supaya rezeki mudah masuk.. ye ke?? nyamuk masuk ada la.. pada pendapat aku, tujuan dikata begitu supaya, jangan bangun lambat. kalau bangun awal, sume kerja boleh settle awal. orang yang bangun awal dah ke sana ke mari mencari rezeki, tapi awak masih dalam selimut. orang dah dapat hasil, tapi awak masih ngan air liur basi.. tak ke rugi tu.. untuk ingatan diri sendiri juga..

nak cakap, hari ni aku bangun awal.. haha.. lepas subuh tak tido. tujuan bangun sebab nak buang sampah pagi2, tapi tengok cik abe dah buangkan sebelum aku. lori sampah datang before 8 pagi. kalau terlepas nak buang sampah hari ni, maka, dia akan datang kutip hari selasa.. haa.. bayangkan kalau ada perut ikan dalam plastik tu, berkepam je bau busuk dalam rumah ni.. lagi satu, aku tak suka buang sebelum lori datang, sebab nanti habis sampah aku berterabur. satu dikorek oleh cik ti. satu lagi, kawasan sini ada orang suka cari bahan2 terbuang dalam sampah. kalau cari elok2 tak pe, ni tidak. dikirai macam anjing cari makanan.. haaa, kasar sudah ayat aku.. aku pernah nampak.. kalau dah berkirai sampah tu, cik ti suka la kan. jiran sebelah aku ni plak, tak de tong sampah.. main tenggek je tak kira hari. sampah dia la yang menyebabkan cik ti suka main kat situ.. pengotor juga orang ni.. takkan nak suruh aku hadiahkan tong sampah plak.

kat area sini banyak tikus. kawasan perumahan lama kot.. siap ada kempen sekor tikus dapat rm3.. nak buat apa tu?? cik ti sini kurang ajar, keta kancil aku pun dia naik.. dia suka lepak bawah keta aku. pastu, pagi2, banyak la tahi dia kat bawah keta ngan air kencing yang busuk tu. hari tu cik abe dah pasang perangkap. dapat la sekor. habis kena jirus air panas. tak pe kan bunuh tikus ni?? aku plak rasa kesian, tapi kau membawa penyakit, boleh dibunuh..kalau korang buat macamana?? bagi kek racun, dia pun dah cerdik, dah kenal.. cik ti tu bukan anak2 lagi, sihat walafiat tau.. mujur tak masuk rumah je.. kucing pun pandang je bila cik ti lalu.. tak heran dah..

eh, rasanya macam dah lari topik. meleret2.. hehe.. oleh kerana aku bangun pagi, sampah dah dibuang, kena basuh kain .. separuh dah basuh semalam. ada separuh lagi.. tapi tengok mendung je kat luar sana.. patutla aku rasa aku solat subuh awal, sebab gelap kat luar tadi.. rupanya hampir kul 7 dah... hehe..

menu hari ni nak masak mi kari.. cik abe dah request dari hari tu..so, semalam dah beli barang kat tesco, boleh la masak.. jangan beli, pastu makan luar juga.. membazir.. bajet pun ye juga.. huhu..ok.. dah.. wassalam.. selamat berhujung minggu...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails