Friday, December 10, 2010

berbuka dengan nasi ayam dari dapur sendiri :-)

Assalamualaikum..

Semalam kami suami isteri puasa sunat. saje2 nak puasa., nama pun sunat, puasa wajib clear lagi tahun ni. nak tunggu ramadhan akan datang, lambat lagi.. berlatih la puasa sekarang. macam tahun2 lepas, jarang sekali aku puasa sunat.. sebab masa tu nafsu asyik nak makan je, kalau lapar skit mula la nak pengsan.. sampai la lately, rasa macam asyik makan jek.. sampai nak makan apa pun macam boring nya pikir.. dah la kat tempat kerja pun macam dah bosan makan benda yang sama je kan. 

bila balik rumah, kena fikir plak, nak masak apa untuk dinner..dah la nak masak, tukang fikir plak tu kan.. pastu, kalau hari2 ikan goreng, sambal ke, mula la sang suami berzikir, tak de lauk lain ke.. tu baru sorang pandai komen2 tu, kalau aqil dah besar nnti, dah pandai minta makanan apa, siap la aku kena belajar masak yang special2 tu.. hmm... macam tu la keje seorang isteri..

okey okey.. jom tengok apa yang aku masak semalam.. tara....

nasi ayam home made..

hehe.. tu pun nak kecoh.. tapi semalam, makan pukul 8 juga. berbuka dengan roti & aiskrim, sebab tak sempat siap sos lada nya. dah sembahyang maghrib baru la kami makan.. tapi yela kan, bila sehari puasa, nikmat makan untuk keesokkan hari dah kembali semula.. kang isnin depan, kalau kuat, nak puasa lagi :-) oh, lupa.. resepi kali ini, aku try dari blog akak umi ni!!  malas aku nak call mak aku camana resepinya, aku print siap2 dari opis. hehe.. actually ingat, tapi dah lama tak buat, kena ada guide juga la.. sedap juga style kak umi ni.. kira jadi la, ok, boleh masuk dalam buku resepi. hehe.. ok.. da.. wassalam..

p/s: hari ni, satu hari sibuk. opis plak internet offline, petang nak balik baru ada. huhu..

2 comments:

syirakhalid said...

nampak menarik la ayam akak tue..hehe

Ilhamny.com said...

menarik..xpenah try lg buat nasik ayam kat umah...good idea nih..next week leh try lah...:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails