Monday, November 8, 2010

weekend story

Assalamualaikum..

I'm back!!!!!! chewah.. cuti tiga hari yang tak kemana, tiga hari la senyap blog aku ni. tak de peluang nak blogging kat umah. ramai sangat dengki okeh.. pantang tengok aku duduk kat kusi ngadap laptop. sorang nak akeman. pastu dah pandai plak sekarang ni NAK PIN. pin?? rupanya nak tengok upin ipin.. aku ni tak berapa familiar sangat rancangan upin ipin kat tv pukul berapa. cari cari tengok2 info, tak de pulak upin ipin ni.. jadi, dapat idea, tengok kat you tube je. nasib baik line clear, dapat la tengok 4 episod. hehe.. pastu, cite katun yang dia suka tengok sekarang ni, terpengaruh ngan ayah dia 'sponge bob'. dia panggil bob. pening pikir cite apa dia nak tengok ni.. rupernye..

okey, 3 hari yang membazir. duduk di rumah, masak makan tido.. no outing bersuka ria. just balik kampung on saturday. kampung dekat. bermalam satu malam. bad news.. aqil demam lagik!! mulanye mata dia berair jek, bertaik tau. pastu, semalam, macam suam2, amik suhu dah 37.4.. hmm.. kasi makan ubat. tengah malam okey, tak de demam. pagi tadi 37.6.. kasi makan ubat.. sian aqil. dia demam, tapi aktif.. harap2 dia demam sekejap jek..

tadi kan, aqil pegi klinik, nak timbang. berat dia dah 10.5 kg.. berat tak??berat.. ntah betul ntah tidak, banyak naiknya... 3 bulan lepas 9.5kg.. tinggi 84cm.. alhamdulillah.. pembesaran sangat baik. cuma demam jelah..

aqil dah banyak cakap sekarang. banyak word dia dah tahu. toyi - lori, car, motor, bas.. yang latest sekali 'best'!! hehe. siap tunjuk jari lagi.. ni nenek dia yang ajar..  suara kalau bercakap tu, terjerit2 jek. bising.. kalau time nak makan, jam jam tu juga dia suh buka bungkusan tu. tunggula sampai rumah dulu. kalau dia kuar berdua ngan ayah dia, balik mesti nangis, sebab tak dapat makan dalam keta.. hehe..

meh tengok gambar aqil weken lepas :-)


 hidung kuning, ibu sapu kunyit hidup. hingus dia kurang meleleh lepas tu..

wuit.. main apa kat celah tu.. yak ke..


on the way balik kl, sibuk ngan balls dia..

semua nak angkut duduk depan, rimas..

ni tanda 'best' ke ibu??

yang ni baru la best!! cenonet je best dia.. hehe

okey.. dah.. sambung keje balik..

8 comments:

Kaseh NazLieza said...

anak sentiasa menjadi penghibur hati kn kak..lalalala

ummi nia said...

ball aqil tue yg kaler merah tue sama la ngn adik nia

littlehumblelynn said...

alahai anak ibu tuh :)

Mieja@Faiza Amir 2001 said...

sue...seronoknya aqil demam tp berat still naik.....
balqish demam, turun byk sgt kgnya...

hehehehh cutenya pandai nk tgk bob & pin pin....cuteeeee sangat:)

Suliana said...

lieza,

ya betul.. kalau tak de rasa lain mcm jek. hehe

Suliana said...

ummi nia,

sama ke?? sebab cun tu yang sama tuh. hehe.. murah je, rm 3 kot kalau tak silap..

Suliana said...

kak lynn,

ye, anak ibu ini.. manja sangat ngan ibu :-)

Suliana said...

kak mieja,

kebetulan kot.. lagi pun dah lama dia tak timbang, 3 bulan tu naik sekilo jek.. aqil selera makan dia ok, memang kena paksa klu tak mo makan ;-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails