Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum..

i'm not in a good mood to blog.. tu yang lambat skit update blog. mata ku masih tak baik. hairan ye, aqil dalam 6 hari dah putih dah mata dia.. aku ni? dah hari ke 5, merah dah kedua2 belah. kepala pun sakit. ni.. banyak betul penyakit aku bulan ni.. dugaan Allah bagi.. redha je la.. time maghrib, mula la sejuk. aku rasa bukan denggi. sebab nya, dua orang kesayangan hamba ni, hantu kipas.. dah la tido ekon, kipas lagi dok tala ke muka. aku juga yang mengigil2 kesejukan. meremang bulu roma. kenapa yek..

ntah kenapa dah 2 malam, tak boleh tido lena. mungkin dah terlebih tido siang, so malam, tido pun tak lena. diganggu oleh mimpi yang bukan2. kejap2 terjaga ..macam2 la cerita dalam mimpi tu.. siap uncle seekers tu pun masuk sekali. haha.. tu la, gara2 baca kisah cinta syhhh dia tu, sampai terbawa2 dalam mimpi.. 

okey la.. dah lari topik sebenarnye. aku nak ucapkan selamat hari raya haji kepada semua umat Islam dan juga pembaca2 blog ku. berhati2 di jalan raya.. aku cuti sampai jumaat, balik ke kampung halaman ku di kluang.. ada sape2 yang buat korban? semoga ibadah korban kalian memberikan seribu satu makna kepada golongan yang memerlukan.. 

doakan aku cepat baik yek.. dah tak tertanggung rasanye sakit mata ni ..ditambah dengan masalah hormon aku yang tak berkesudahan ni.. bye. wassalam..

3 comments:

nor_Syahada said...

Salam aidiladha sue dan semoga cepat sembuh. :-)

syirakhalid said...

sabar ye akak...get well soon..
n selamat hari raya aidiladha..

Suliana said...

sya,
tq.. :-)

ira,

memang kena bersabar byk2. hehe.. tq juga..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails