Friday, November 26, 2010

restoran bangkok station

Assalamualaikum..

ke bangkok kita kali ni.. hehe.. actually restoran ni telah dicadangkan kesedapannya oleh blogger kak lynn yang gemar sangat makan kat sini.. oleh kerana lokasinya sangat dekat dengan rumah aku, apa lagi.. kita nak rasa juga la orang duk kata sedap2 tu kan. hehe..

Alhamdulillah, rasa yang tidak menghampakan.. boleh tahan sedap juga. keadaan restorannya sama saje macam restoran biasa2, tak de la gabra kalau nak masuk kan. perlu ke bawa kad kredit ke apa ke kan. hehe.. harga yang murah dan berbaloi juga.. masakan utamanya tentulah berasaskan thai food.. so, peminat thai food, boleh la menjengah ke sini. terletak agak jauh ke dalam dari MRR 2, straight je dari ampang point menuju ke ampang waterfront. dekat2 dengan manjaku dan selang sebuah kedai dari ani sup utara.. 

Jom tengok apa yang kami makan. ni kali kedua singgah disini..


tomyam campur utk 2 orang makan.. sedap tapi pedas.. fuhh..

telur bistik ni aku suka sangat.. camana nak masak telur bistik?? hehe

kerabu ikan bilis seperti yang dicadangkan oleh kak lynn.. sedap.. camana nak buat ni?? hehe.. aqil pun suka makan..

ni apa?? ikan siakap masak 3 rasa. sori tak sempat nak rotate gambar. haha.. not bad..

ini sape plak?? tentula aqil the ultramen boy.. hehe..

ok, first time makan, tak de ikan siakap tu, tak sampai pun 30.. dalam RM27 ++ kot campur air sume.. kali kedua makan, tak tahu la berapa harga nya. cuma tambah ikan siakap tu, may be tak sampai 50 kot.. laki aku berahsia plak tentang harganya.. huhu.. boleh la ajak family datang sini makan..

walaupun baru setahun tinggal di area yang menyesakkan ni, masih lagi belum ketemu kedai makan yang best melainkan mcd, kfc, pizza hut. hehe.. so, ni kira tambah koleksi list kedai yang boleh pergi untuk bawa family makan.. ada lagi satu restoran yang aku nak dengar sangat reviewnya oleh eyriqazz, iaitu restoran haven di look out point.. dekat tu ngan umah aku.. boleh tak tahu plak ada restoran best. hehe..

okey, kalau korang lalu lalang sini dan mencari2 kedai makan, boleh la singgah kedai sini. anda pasti tak menyesal.. wah.. dah macam duta kedai makan la plak.. haha.. ok. selamat mencuba, just cadangan ku saje. tekak orang lain2 taste kan. ok bye. wassalam..

5 comments:

angah said...

hek3x ni dinner date smlm ke sua?? nsb bek Mr. Z tu kalo bab2 mkn dia x berat bontot nk bwk su & aqil kan hek3x

Kaseh NazLieza said...

akk bikin sy lapar jer..uhuu

Suliana said...

kak is,

bukan smalam, tapi malam kelmarin :-) haah, blh la, perut dia pun nak makan sekali, tu yg rajin bawa mkn tu. hehe..

lieza,
hai.. dah tghri dah.. jom gi lunch..:-)

littlehumblelynn said...

sue

wahhhhhhhhh dah try yek!!pas nih try cashew nut chicken lak..hr tuh teringin sgt nak pg..auni lak x sihat!!tggu auni kuar ward baru nk g sana balik..heheh..

Mieja@2001 said...

nampak sedap ikan bilis tu:):)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails