Monday, November 1, 2010

parking punya cerita

Assalamualaikum..

Hari ni, aku drive sendiri gi keje. sebab my dear hubby pegi exam PTK. good luck sayang :-) ni exam apa ntah, generik ke fungsional ke tak tahu la, konfius skit term2  ni. hehe.. apa yang dibaca sama macam benda2 yang aku baca masa induksi dulu. tonggak 12 la, nilai etika perkhidmatan awam la.. macam senang kan, tapi nak baca tu punya la banyak, nak goreng pun kalau ingat sume tak pe juga kan. tiba2 tersalah goreng, camana tuh?? hehe.. tiba2 tercuak pulak bila tahu result induksi kuar bulan ni..risaunye..

berbalik kepada drive sendiri tadi. alhamdulillah jalan tak jem okey... tenang aje. tapi, tiba je kat tempat parking yang selalu aku parking tu - sebelah Lotus, amboi amboi amboi (aqil pandai sebut words ni), dulu harganye RM7 sampai balik. sekarang, RM3.50 sejam. gile mahal!!

patut la ada 3 ketul keta je kat situ. terpaksa aku undur balik, cari tempat yang murah skit, belakang2 campbell sana. tu pun dah naik RM5.50. kalau setahun yang lalu hanya RM4.50 kot. diorang ni suka2 naik harga parking nape ek? diorang ni duduk atas tanah sape sebenarnya? satu tempat naik, sume naik.. nasib baik 3 hari jek.. dah la musim hujan sekarang, kang tak pasal2 keta aku ditenggelami air, camano tuh.. tak pela, dapat exercise jalan jauh skit. kalau datang awal, boleh la lenggang kangkung, kalau lewat, mengah juga nak berlari.

okeh.. tu je nak bebel2 tengahari ni.. nak tulis pasal aqil, tapi keje banyak.. kene cari mood yang sesuwai okey.. hehe.. bye!! wassalam :-)

1 comment:

Kaseh NazLieza said...

hati-memandu sendiri kak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails