Tuesday, November 30, 2010

Disember datang lagi

Assalamualaikum..

Hari ni last entry untuk november. entry ni entry ke 401.. masih hijau lagi blog aku ni, baru ke 401?? huhu.. ok, esok dah Disember.. ada apa di bulan Disember? bulan 12/2010.. dah hujung tahun ye. pejam celik, pejam celik.. daaaahhh.. hujung tahun.. hmm.. sila flashback balik apa yang aku buat selama 12 bulan di tahun 2010?? apa peningkatan yang dilakukan?? takut pun ada. lagi 3 bulan umur dah naik 1 angka lagi.. lagi 2 bulan aqil pun dah 2 tahun, lagi 2 bulan, insya-Allah dah dapat PHD BF.. hehe..

Bulan disember ni, tak banyak program kot. kecuali setiap ahad ada kenduri kawin. nak attend ke tidak, tengok keadaan. tapi dah dijemput, pegi je la, wajib kan pergi undangan.. cuti free pun tak banyak kecuali awal muharam. hee.. cuti sendiri plak, macam tak rasa nak amik..cuti aku ada 13 hari saje lagi.. banyak tak?? hehe..

sebelum orang semua tulis entry pasal azam itu azam ini, better aku cakap dulu la.. ni bukan azam sangat. ni harapan jela.. hehe. harapan di tahun depan.

Harapan ku pada tahun baru sama dengan tahun lepas (flash back harapan maal hijrah, meh tengok apa dah jadi dengannya)

- tentunya menjadi umat Islam yang menurut perintah Allah.. Yang mana lompong-lompong tu, sila la refill selalu.. yang mana belum buat, sila la buat tahun ni & mencuba ke arah itu.. yang ni tak capai, masih ada kelemahan :-(

- Nak jadi isteri yang solehah..hihi.. nak bangun awal, kemas rumah, gosok baju, masak setiap hari kalau ada lauk dalam peti, jaga anak baik-baik sampai aku kurus kering ^_^ Nak tambah baby hujung tahun..huhu..takut!!! haa.. yang ni subjektif. hasben tak komen banyak, okey la tu kan :-) nak tambah baby 2010 tak dapat, 2011 la plak

- Menjadi anak yang baik kepada ibu bapa.. berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih hidup & jangan menyusahkan hati mereka.. yang ni ok kot, mereka tak komen..

- semoga aku dan keluarga panjang umur, dimurahkan rezeki yang halal, dikurangi bebanan hutang, dijauhi dari segala bala bencana, di beri kesihatan tubuh badan yang baik. yang ni carry forward tahun depan juga.. sentiasa sehingga akhir nyawa. harapannya tahun depan kewangan makin bertambah baik, keta akan habis bayar, dah sah jawatan. laki aku dah janji macam2!! ingat tu bang .. haha

- Harapan untuk suamiku, semoga menjadi suami yang mithali & baik, bertangunggjawab, jangan garang-garang, rajin tolong isteri (sekarang pun memang dah rajin), kasi duit banyak2 kat isteri.. hihi, tolong jaga anak, kemas rumah bla bla bla.. (kalau boleh, semualah abang buat..heee..) yang ni plak, boleh la, dah 3 tahun kawin, ada improvement. dah kurang skit perang.. kekeke..

- Untuk anak ibu, Aqil jangan nakal-nakal. semoga aqil jadi anak yang soleh, bijak, sihat & ceria selalu.. suka pergi nursery, suka minum susu ibu, suka makan.. semua yang terbaik hanya untuk mu.. harapan ni pun carry forward sampai hujung nyawa..

korang camana?? dah plan nak berharap apa?? :-)

7 comments:

SiNoMoSa said...

Ngah,

Ada azam yang memang perlu konsisten spjg tahun..spt menjadi hambaNya yang solehah..I/Allah..
Uwaa dah masuh Disember..tahun dpn i naik 3 series huhuhu
Ada azam yang belum tercapai2 lagi..doakan ye hehe

Suliana said...

betul2 betul betul.. :-) skarang juga kena stat klu pasal ni. hehe..

oo i know apa yg belum tercapai tu.. moga jumpa apa yg dicari okeh.. hehe

uat said...

sedar tak sedar dah hujung tahun kak kan.. nasib baik terbaca entry akak, kalau tak memang tak sedar la rupa2nya banyak lagi azam yang belom di tunaikan =(

Suliana said...

uat,

iye..hujung tahun dah..please wake up..hehe...

Huszaini said...

Salam.. moga azam awak tercapai ya! InsyaAllah... ermm bab tambah anak tu saya setuju sangat-sangat!! meriah woo anak ramai ni hehehe..

err lagi satu nak bitau ni...
anda telah ditag untuk terima award sila ambil ya sekian terima kasih!

Moga tercapai azam itu!

Suliana said...

en husz,

meriah mmg meriah, takut tak larat nak handle. hehe..

oo.. ada kasi award eh?? ok, tq.. insya-Allah saya amik le nanti..

Sharinginfoz said...

yang penting continuous improvement kan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails