Tuesday, November 2, 2010

cerita si kecil ..

Assalamualaikum..

agak lewat hari ni update blog.. busy skit memandangkan unit ku sebagai urusetia mesyuarat di melaka, jadi kena membantu la apa yang perlu. so, kul 2 tadi diorang dah bertolak ke melaka.. aku tak pegi la.. bila dah ada family kalau nak outstation tu banyak yang nak kena fikir.. terutamanya pasal anak la - rasa serik nak tinggal  anak bila terkenangkan dia masuk hospital hari tu.. tapi, kalau dah terpaksa, dah tak de orang, kena la berkorban skit kan, tapi kena fikir banyak2 solution la. huhu.. nak ikutkan rasa rugi tu, ye, memang ada rasa sedikit kerugian tak dapat nak 'berjalan2 sambil bekerja', tapi tak pela. tahun depan, ayah aqil kata nak bawa ibu jalan2.. haha..

okey2.. banyak gambar aqil tak share lagi ni. cerita weken lepas.. hari sabtu, dalam pukul 4, kami ke JJ Wangsa Maju. even jauh sikit dari rumah, tapi sanggup juga pergi sebab dah terbiasa kat situ.. tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat shopping. hehe.. hmm.. tak de la shopping apa pun, tapi nak bawa aqil main kat wonder park tu..

 posing skit sebelum nak pegi.. time ni muka memang manis.. nak gi jalan kan..

tengok apa tu.. masuk je wonder park ni, terus berlari lepas tangan ayah.. punya la excited.. nanti ibu buat 'wonder park' kat umah kita ek.. hehe

bola kecik ni dia tak minat.. gambar kuning tu effect flash ngan jaring dia.. hehe

nak balik dah.. sebelum balik, beli big apple dulu.. tak cukup 4 bijik!! uwaa.. makan rebut2 ngan aqil. tak tahu plak dia suka donut ni. kalau tahu,  beli 6 bijik..

kat jusco, just round2 tengok2 toys aqil kot2 la dia meraung2 nak ke kan.. tapi, tak de pun. aqil ok lagi. tak meraung nak pun. cuma dia merengek2 je tunjuk itu ini, pastu dah, senyap.. ibu pun slow2 kuar dari JJ.. hehe.. aqil ni pantang tengok bola, padahal kat umah dah ada 3 bijik bola.. bila fikir2, beli mainan anak ni, baik beli kat pasar malam je, murah kan, kalau jahanam, tak de la nyesal sangat... tapi, sekarang dah jarang ke pasar malam..

okey, nanti kita sambung story lain plak eh.. bye. wassalam :-)

4 comments:

littlehumblelynn said...

sue

pernah pg AEON AU..kat situ menarik bg budak main2..lagi selesa dr WM

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

cam bes je ade tempt leh main bola byk2 tu ek
sure rafiq suka
sayangnye JJ bukit raja tu takde mende alah ni..haihhh

wooo...nnti rafiq dah besor sure pandai mintak mcm2 gak kan..sure bola penuh satu umah..wekkeke

Suliana said...

kak lynn,

tak penah j ejak situ lagi.. insylh one nice day blh pegi bawa aqil main2 .. hehe

Suliana said...

rose,

ye ke tak de. hmm.. nape tak gi kat bukit tinggi, mana tahu ada mainan.. jauh eh??..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails