Wednesday, November 24, 2010

bebel lagi

Assalamualaikum..

hari ni busy skit la nak update blog.. keje banyak. esok plak kena gi meeting kat KPM.. wee.. pes time ni kuar meeting jauh2. jauh la sangat putrajaya tu. bos baru aku ni sume staff angkut gi meeting.. huhu.. masak la tiap2 bulan kalau macam ni. dah la buat keje kat opis, ntah2 kat meeting pun tukang jawab..

dah, cite lain plak. semalam kan aku beli alfafa tu kan. dah masak gulai lemak putih. sedap juga rasa nya. manis2 jek. bila makan, sayur tu ala2 bihun. hehe.. orang kata lembu punya makanan ni.. patut la lembu banyak susu. sampai hasben ku kata "lembu punya makanan pun nak makan".. ala, lembu tu yang makan makanan kita. hehe.. kalau ikutkan, alfafa ni boleh membanyakkan susu. sekarang aku tengah pam susu. sama je hasilnya. breasfeeding ni banyak mainan psychology kan. kalau kita kata coklat banyakkan susu, maka terjadilah susu yang banyak tu.. untuk ku, hasil alfafa ni tak nampak lagi.. baru sekali makan kan. hehe.. tapi yang pasti, susu tu memang pekat. korang yang belum try alfafa, boleh la try.

sekarang pun dah ada benda yang senang makan. macam supplement shaklee trial pack B RM 80 kalau tak silap. banyak yang aku baca, boleh memekatkan susu. aku tak try lagi.. so baby pun boleh kenyang, badan kita pun sihat juga. dengar cerita, orang pregnant pun leh makan.. hmm.. tengok la ada rezeki lebih, boleh la beli.. bukan apa, vitamin2 kat umah ada lagi simpan duk diam2 peram dalam laci.. hehe. bila ingat, makan. tak ingat, tak makan la..

semalam juga, dah pegi klinik LPPKN, amik ubat stopkan darah. kalau masuk jumaat ni, dah 4 minggu wei bulan mengambang. kejap banyak, kejap sikit. tensen.. doktor nye cantik, cakap lemah lembut, manis sekali.. suka aku kalau doktor macam ni.. dia juga propose buat urin test. mana tahu pregnant kan.. tak pregnant pun. berdebar ok tunggu result. hehe.. bukan tak nak, tapi biar la keadaan badan ni sihat sikit. tak nak la pregnat, bleeding la apa la kan.. huhu. so, kalau dalam 5 hari tak stop, kena pegi balik klinik.. risau plak..

ok dah. nak balik dah. bye...

3 comments:

SiNoMoSa said...

Salam Ngah,

Alfafa?? Apa tuh?? tayang gambar sket huhu

Suliana said...

dah tayang kat entry sebelum ni.. alfafa sprout. tapi blum masak lagi time tu. hehe..

ernizz said...

jom share info @ http://ernizz-ernizz.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails