Friday, November 12, 2010

aqil kat opis today :-)

Assalamualaikum..

hari ni aqil ikut ibu pegi keje. ayah aqil kena baca ikrar kat opis. patutnya aqil dijaga oleh ayahnye.. huhu.. nak hantar aqil ke nursery, rasa macam tak best plak, even nak tumpangkan sekejap. kang kalau budak2 lain yang kena, harus aqil disalahkan. setakat ni, aku message nursery, diorang cakap dah 5 orang kena. sume tak baik lagi.. mata aqil macam dah okey skit, tapi tunggula sampai hujung minggu ni, mesti dah baik kan. demam dia pun alhamdulillah dah beransur baik. setakat 24 jam yang lalu, suhu paling tinggi adalah 37.6..

pagi ni, mandi2 kan dia dalam keadaan yang melalak, sejuk pagi, hujan plak tu.. bawa naik keta, suka je. dah sampai opis, adoi.. melekat ngan ibu macam kembar siam. nasib baik bos2 meeting pagi ni. tapi, adalah diorang nampak aqil ni.. tak pela.. kejap je kot. nanti dalam kul 11 ayah nye amik balik.. lagi, sampai2 opis terus je buat 'projek'.. huhu.. serasi sangat la tu..

jom tengok gambar aqil kat opis ibu ni..


malu2.. sengih jek..

dah dapat mainan, aunty yanti kasik pinjam :-)

eh, ibu pun nak interframe jap? hehe..

senyum la sikit.. hehe.. mata saya dah ok sikit.

aqil mamam apam, aunty yanti belikan..

oo.. haus plak.. nenen ibu dulu....

haa.. last sekali, baru la ngam.. aunty yanti ni umpan ngan game cicak.. terus melekat main game plak.. hehe.. tapi sape yang main ni?? konfius jap. hehe

okey, ayah aqil dah call.. jap lagi aqil nak balik dah kul 10.30.. hmm.. sunyi plak aqil tak de kan. so, ibu back to normal.. ni nak wat keje pun tak leh. datang2 jek nak tengok upin ipin.. huhu.. mana dapat youtube kat sini.. sibuk main tekan2 keyboard, pensil & pen ibu sume berterabur. yang penting, coklat ibu sume habis.. huhu.. ok daahh.. wassalam..



p/s: hari ni ada sogo sale. hari ni juga ada majlis perpisahan ex-bos aku aku. hmm.. dia dah nak pindah dah. sakit2 hati pun, bila dah nak pindah ni, terasa juga kehilangan nya. going miss her voice sound ask me to do this and that :-) good luck puan ..


5 comments:

littlehumblelynn said...

alah sian aqil!!anak akak kalo bwk g opis..jenuh nak kejar..x reti dok diam!!

OnFarisha said...

Aqil mmg iras ibu yea.. :) Sejuk hati tgk..

salam perkenalan dear.. kalau berkelapangan, jemput jengah blog sha yea.. :)

http://kamarfarisha.blogspot.com/

Suliana said...

kak lyn,

dia malu2.. taknak bergerak pun. huhu..
dah lama skit, baru la jalan skit2.hehe

Suliana said...

onfarisha,

ye ke seiras. hehe.. ok, nanti saya jln2 blog awak ye. tq singgah

lynn said...

sian tgk muke aqil

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails