Friday, October 15, 2010

rumah urut lelaki

Salam,



Sape yang cari rumah urut lelaki dalam blog aku ni yek?? hehe.. ni mesti samada orang ni nak cari tukang urut lelaki kan.. aku boleh bagi cadangan sape2 nak mencari tukang urut tu kan..

ok, actually ada satu post yang aku nak buat, tapi belum buat2 lagi. aku nak cerita pasal urut mengurut juga la ni. dulu kan, aku dah pegi berurut ngan orang buta kat maju ni.

lepas raya hari tu, ada juga berurut kat medan mara, urut refleksologi. tang kaki je dia usik.. bayaran, RM 40 kalau tak silap, untuk kaki saje. tukang urut dia ada laki ada pompuan. nak urut satu badan pun boleh. hari tu aku ada sakit lutut skit.. lepas kena urut tu, alhamdulillah, hilang la sakit lutut aku tu..

kalau pompuan urut laki pun boleh juga. sebab, dia urut pakai sarung tangan plastik. lepas2 urut kat sini, dapat la disimpulkan mengikut pendapat aku 5/10.. sebab, urut pakai sarung plastik tu aku rasa macam tak feel jek.. pastu, dari segi menjaga aurat pelanggan wanita & lelaki ni ada kureng skit.

 memang ada langsir macam hospital tu untuk cover, tapi masa aku pegi tu, tempat yang aku dapat tu, rail langsir dia boleh tak de. then satu bilik tu bercampur2 laki pompuan ngurut. macam lain macam la plak, segan la kan. tapi nasib naik lampu terang benderang. memang open la kan tempat tu..


so, korang kalau nak pegi, boleh jek.. tapi cakap betul2 kat kaunter, saya nak tukang urut pompuan, katil nak yang tersorok, tak de orang boleh lalu lalang situ.. memang la ada tukang urut yang buta, tapi orang buta pun ada nafsu juga kan? ok, that's my opinion.. bye.





2 comments:

  1. oh akak pun nak gi berurut malam ni... tapi ngan tukang perempuan la... ;p

    ReplyDelete
  2. wahhh..bestlah kan..erm dah lama intan tak berurut huuh....segarkan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails