Monday, October 4, 2010

oktober kembali

Assalamualaikum..

ada apa dengan oktober?? huh, tak de apa kot. cuti free pun tak de.. dah hujung2 tahun ni, asyik nak mencari ruang kosong untuk bercuti je.. penat nya.. kalau zaman sekolah / belajar, kan ada cuti sem, cuti sekolah la.. bila dah keje? cuti sendiri je yang mampu dibuat.. so, tahun ni cuti aku banyak terkumpul. cuti yang paling panjang adalah cuti raya hari tu.. bila lagi boleh cuti panjang2 ni.. ingat lagi tahun lepas, aku habiskan cuti.. tu amik masa hujung tahun. pegi mana jek, balik kluang ler.. mana ada destinasi terbaik selain dari my home sweet home .. kan..

eh lupa plak.. sabtu hari tu dah amik darah.. hmm.. ok la. platelet (betul ke eja ni?) darah aku 158. sama je ngan hari jumaat hari tu. rendah tapi doc kata tak yah amik darah dah. ni viral fever.. kesan2 merah & gatal2 tu akan slow2 hilang.. so, doc tak kasi ubat apa pun. banyakkan minum air 3-4 liter sehari.. banyak tu... tapi sekarang, aku selsema plak.. srot sret je hidung aku ni..

last weken, lepas balik hospital, kami terus balik kluang. ada aqiqah si comel affan tu.. tapi, sian dia.. demam on his big day!! baby kalau demam kita pun tak tahu nak buat apa kan.. kasi ubat demam & selsema je.. suhu badan dia 37.8. consider tinggi juga untuk baby tak sampai 2 bulan tu kan.. apa tak nya, banyak benar virus dalam umah tu.. lepas sorang, sorang berjangkit. adik aku yang tengah tunggu bini dia nak bersalin tak bersalin2 lagi tu pun dah kena denggi kecik.. (platelet darah belum jatuh teruk lagi)

alhamdulillah, kenduri berjalan lancar walau pun tak de orang nak tolong. kalau aku tak balik, sape la yang nak tolong siap2 kan dapur tu. ayah suruh orang masak je, tak de plak orang tolong2 hidang. terpaksa la aku & adik aku yang tertonggeng2 mengisi lauk pauk.. nasib baik si kecik tu tak meroyan nak suruh dokong.. kalau tidak, dengan aku sekali meroyan malam tu.. huhu.. oww. menu?? ni selera ayah aku yek. nasik lemak!! lauk ayam goreng, sambal sotong, kambing masak beriani.. haa.. kambing ni sedap2.. aku suka kambing, so ada la tapau skit, masuk freezer dah.. daging aqiqah ni kalau makan tak pening plak kepala aku ni..


adik affan yang demam.. sian dia..


abang aqil yang tak boleh tgk playground, mesti nak main. tengok, kurus je kaki dia. tak sampai 10kg lagi ni..

ha.. ok tu je lah.. gambar kenduri tak de.. belum curi kat fb lagi.. hehe. gambar aiman pun tak de.. mak teh busy basuh periuk sume tak sempat nak amik gambar kemeriahan sume2 tu.. hehe.. bye!!!


5 comments:

Me_Lina said...

affan ni ada iras muka aqil la ek... u all kan... jeles kak ena... muka photostat jer semua... dr atok.. ke anak... ke cucu...

alya 20mons baru cecah 10kg... aktif kot...

Suliana said...

sama ke?? kadang tgk pun mcm ada iras.. genetik kuat nih.. hehe.

ha, tu la tgk alya pun baru nak cecah 10kg, ada geng la aqil ni.. hehe..

Kaseh NazLieza said...

aqil jaga badan kot..tu sbb berat xnaik2..ehehehe

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

affan tu muka dia siannn je tgk..demam la katekan..ehehe

aqil slim sbb mak dia slim..jgn risau...:-)

ejaMaria said...

Luqman baru je cecah 10 kg... tu pun dah dekat umur 2 tahun... tak pe la... janji sihat dan cergas... ok je la ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails