Thursday, October 7, 2010

kawan aqil & kawan ibu!!

Assalamualaikum..

Sekali lagi macam tak de idea nak tulis apa kan.. godek2 dalam handphone tiba2 terjumpa gambar si budak kecik ni.. hari isnin kelmarin, lunch ngan kawan aku ni laki bini & anak dia.. termasuk la ngan geng makan aku tuh.. hehe.. ada urusan di tabung haji kata nya. maklum la, nak masuk musim orang pegi haji kan.. dah lama tak jumpa rasanya.. FYI, dalam banyak2 sahabat aku, pasangan ni la yang rajin datang umah aku.. hehe.. dah kata dekat kan. nak harap kan kami datang berjalan, aku ok je.. orang lagi satu tu la kan berat skit.. ekeke..

jom kita tengok teletah si kenit raaziq ni.. umur nya muda sikit dari aqil, lupa plak aku bulan 4 atau bulan 5.. sedangkan aqil baby january.. bila tengok anak orang, tiba2 teringat kat anak sendiri kan.. biasala, ibu bapa ni, kalau dulu ceritanya berkisar tentang diri sendiri, tapi sekarang, bila dah berjumpa, mesti lah kisah anak2 yang diceritakan..

 macam muka ummi dia..

 ni abi dia.. iwan, my classmate masa diploma dulu..

 umi dia sipi2 je gambar.. raaziq tunggu aunty nak amik gambar :-)

raaziq pun sama macam aqil, tak reti duduk diam.. hehe..


eh eh eh.. nak juga tempek gambar aqil kat sini.. baru tahu boleh godek2 edit effect dalam hp aku ni.. huhu. ketinggalan zaman..


1 comment:

Sharinginfoz said...

budak2 memang tak duduk diam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails