Monday, October 25, 2010

hari yang bersemangat

Assalamualaikum..

tak sabar menunggu hari ini. hari yang telah lama dinantikan. kenapa?? hari gaji la. yuhuu!!! alhamdulillah, bulan depan 5/11 genaplah aku 2 tahun di JKR dan  sudah tahun kelima bekerja sebagai penjana ekonomi negara.. hampir 3 tahun di private sektor & genap 2 tahun di JKR..

hari ni juga, tahun kedua naik gaji.. teett.. sila bergembira rakan2 se'batch' aku.. tak de la banyak, tapi  boleh la beli beskal aqil.. hehe.. alhamdulillah.. barang dapur kebanyakkan dah clear. so, malam ni rasanya mahu mencari keperluan dapur di pasaraya. esok malam mama & ayah nak datang, ayah nak gi amik pingat kat istana negara.. tak kan nak kosong jek peti ais tu kan..

Minggu ni juga, busy yang melampau sebab technition aku pegi team building. terpaksa la pulun sorang buat keje nih.. harap segalanya berjalan lancar.. minggu ni juga kena pulun buat slide menggunakan format baru.. huish.. terjegil lagi mata ku melihat pc ni.. minggu depan big2 bos mahu ke mesyuarat pemantauan di melaka. so, kena siapkan cepat2 slide ni. memang mudah je nak buat slide ni, tapi yang part susah jika data yang diperlukan tak dapat dan big2 boss tak berkenan dengan design & layout dan juga warna..

hmm.. susah la kalau nak puaskan hati semua orang mengikut warna kegemaran masing2.. kalau aku tukang buat ni, suka kaler2 orang muda. yang tukang semak tak berkenan dengan kaler aku.. huh.. tukar lagi, sampai last minit. tu yang stress di akhir garisan tu. hehe.. pada pendapat aku, asalkan maklumat yang kita buat tu sampai, okey la kan. simple2 sudah. ni nak terbang sana sini, penat nak ubah.. huhu..

ok, dah . stop membebel di hari yang bersemangat ni. hari ni je bersemangat, esok2 dah stat bayar sana sini, yang tinggal tak sampai suku.. sedih balik. hehe. bye. wassalam

2 comments:

ejaMaria said...

ya... semangat pay day ;p

Suliana said...

hehe.. sila buat bajet :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails