Friday, October 29, 2010

hari ini dalam sejarah

Assalamualaikum..

Semalam aku emergency leave, aqil demam panas sangat pagi tu. demam dia on off.. bila dah kasi ubat, sejuk la dia. tapi bila dah nak dekat 6 jam, mula la suhu badan tu naik balik.. semalam, selepas pukul 6, dah kasi ubat, ok je suhu sampai la pukul 4 pagi tadi naik balik suhu badan nya.. dah kasi makan ubat, lap2 baru la okey. masa hantar ke nursery tadi, ok la suhu dia. hope demam aqil cepat kebah ye sayang. aqil ni kalau demam mesti lama.. tak de demam yang sekejap2. mesti lebih 3 hari punya..

ok, hari apa yang dalam sejarah tu?? hmm.. ni untuk catatan memori kami sekeluarga. untuk dikenang oleh anak cucu keluarga pak Shukor ni.. bukan nak menayang2 eh.. nak share kegembiraan ni dan rasa bangga pada ayahnda tercinta :-) semalam 28 oktober 2010, ayah terima lagi satu anugerah dari YDP Agong. Pingat Ahli Mangku Negara. Camana nak dapat tidak la pulak ku tanya. tapi, semestinya la kena berkhidmat untuk negara kan? Ayah sebenarnya kerja di TNB. tapi minat untuk menjadi askar sukarela dah 33 tahun rasanya. sekarang sudah berpangkat Pegawai Waran II. Sebenarnya sebelum ni pun, kalau tak silap aku dah pernah mendapat pingat dari Sultan Johor.

semalam mengambil pingat di istana negara. ditemani oleh mama. jom tengok gambar2 dari mula rehearsel pakai baju sampailah kiriman MMS dari ayah..


one day before pakai baju ni. rehearsel.

aqil pun nak nyelit gak..


kasut atok tak kilat ke?? hehe


gambar yang diambil di istana negara.

okey.. apa2 pun, kami sekeluarga semua tumpang gembira dengan anugerah ini. apa2 pun, walau siapa pun dia, terima pingat ke tak, dia tetap ayah kebanggaan kita semua kan?? have a nice day.. wassalam


10 comments:

mamamuazsayang said...

tahniah su sekeluarga! ;)

Ilhamny.com said...

tahniah utk family sue..mmm, parent sue, handsome & cantik..ptt la sue pon cantik & aqil pon encem...:)

MaS PuTRi said...

tahniah utk ayahanda kak suliana.. dapat datol ke ni? tak kisahlah kak kan.. yang penting dapat pingat dari YDPA =)

saya dilamar 3 lelaki serentak

ejaMaria said...

Dapat title 'Dato' ke?
Suliana Dato Shukor la lepas ni ;p

Suliana said...

terima kasih :-)tiba2 rasa kembang. hehe.. alhmdlh dpt parents yg handsome & cantik. hehe..

Suliana said...

kak maria,
dato' ?? tak de la.. jauh lagi perjlnn tu. yg penting kami adik beradik ni dah kasi title datuk kat ayah. hehe..

putri,
terima kasih... makan nasi dagang kat istana, YDPA org ganu kan. hehe

ejaMaria said...

eh lupa nak tinggal pesan... amik tag kat blog akak... ;p

sisanizu said...

wah tahniah..kelakar pulak tgk gambar aqil tak berbaju dok nyelit2 kat gambar hensem atok die..

Nur Hasyimah Mahasan said...

tahniah buat sue sekeluarga..bila la nk dapat pingat dr YDP Agong ni..hehehe

kmieja said...

auntie doakan semoga aQil cepat sembuh dan utk sue sekeluarga tahniah buat ayahanda tercinta:):)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails