Thursday, October 14, 2010

breastfeed: di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Assalamualaikum..

dah lama tak mencoret tentang BF kan. rentetan dari convention yang aku pegi, dalam ramai2 wanita2 bekerjaya tu, ada juga wanita2 @ ibu2 yang seangkatan dengan aku. seangkatan yang menyusukan anak. bukan bawa baby ke kursus, tapi membawa pergi bersama tanggungjawab seorang ibu ke mana juga si ibu pergi.

Ramai juga yang membawa 'barang2' nak merealisasikan tangunggjawab si ibu ni, dalam 10 orang ada kot. tempat yang dicari tentula surau. alhamdulillah, dipermudahkan urusan, ada plug point!! boleh la ngepam di situ. tapi satu je la plug point nya. kena gilir2, tapi nasib baik timing tu betul, so tak de la menunggu.. yang mana manual, tak payah tunggu2 dah, jalan jek..

nampaknya, kesedaran tentang BF ni nampaknye dah semakin berkembang.. mungkin kami duduk di kalangan orang2 yang positif. tengok orang ni bersemangat nak menyusukan anak, terus kita pun terpengaruh nak memasang niat seperti itu. baguskan macam tu, terpengaruh tentang sesuatu yang baik, tak pe kan.. tapi, kalau kita duduk di kalangan orang2 yang negatif, mungkin kita pun akan terikut sekali.. bukan orang saje yang negatif, diri kita ni pun memainkan peranan juga samada positif ke negatif..

sebenarnya, tak susah pun nak BF. yang penting semangat. minda kena kuat. aku pun kadang2 termalas, tapi mengenangkan anak aku nak minum apa esok, terpaksa aku ngepam juga. cuma lately, dah 1 tahun 8 bulan lebih, aku bekalkan FM ke taska. tu pun sebagai top up kalau aqil nak susu, seandainya susu yang dibekalkan dah habis.

dalam2 tengah pam tu kan, jeling2 'hasil' rakan sebelah.. wah.. banyaknye. maklumlah, anak baru 4-5 bulan, kira time tengah meriah lagi tuh. tapi, aku plak lain ceritanya.. anak aku consider dah besar. jadi, 'hasil' yang dapat untuk hari itu, kalau banyak, alhamdulillah. kalau sikit, aku redha je. dulu, ye. aku pernah ter' phsyco' dengan susu orang.. tapi, sekarang, redha je la. nak paksa2 susu keluar tu, tak de dah. dalam 15-20 minit, kalau macam tu jek hasilnye, terus switch off.. hehe..

untuk ibu2 yang masih mengepam & menyusukan anak, teruskan lah semangat gigih korang tu.. aku? hehe.. tak tahu lagi. masih mengepam 2 kali sehari dengan hasil yang ala kadar sahaja dalam 10-15oz sehari. cukup la. bukan mahu berputus asa, tapi perlahan2 ke arah wean off my baby :-) tapi, macam tak de je, hari2 minta, hari2 menyondol setiap balik keje & hari2 tido bertemankan ibu. tu la nama nya anak emak, tido celah ketiak emak.. haha.. wassalam..

4 comments:

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

su tau dak, rafiq skang during daycare dia tak minum byk..dalam 6 oz je..dia suka makan nasi, biskut, roti & air masak je..susu adalah no 2 utk dia skang ni
mula2 risau gak..tapi lepas tanye kak fid, its ok kate dia..sbb rafiq dah besar n dah makn mcm2..

so, susu yg dipam leh wat stok..alhamdulillah...

su, dah nak cerai susu ke?

Suliana said...

rose,

mulut tu memang cakap "bila la nak cerai susu ni". tapi, mcm kesian pun ada. dia buat tak reti jek klu nak susu tu. ntah la, bila nak wean off pun tak tahu..

ejaMaria said...

eh jgn kata yg breasfeed... yg dah tak breastfeed pun tido bawah ketiak mak lagi... haih... klu suruh tido dulu dgn abah dia... jawabnya tak tido la... tunggu Mama jugak ;p

Suliana said...

kak maria,

ketiak ayah nye bucuk kot.. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails