Tuesday, October 19, 2010

aqil sakit mulut lagi

Assalamualaikum..

Ye, aqil sakit mulut lagi.. demam dah tak de.. semalam dah pegi klinik, tapi doktor kata bukan sakit kuku mulut tu. alhamdulillah, risau juga sebab kat siku & lutut dia ada ruam2.. doc kata ada sapu krim apa2? hmm.. tak de plak.. aku ada la sapu bio-oil sebab kaki dia tu berparut bekas garu.. actually kalau betul la dia alah minyak ni, aku dulu pun ada alah juga bila sape kat peha.. kuar ruam2 sume.. kata nak hilangkan hitam2 lepas bersalin kan.. eh, tiba2 cerita lain plak nih. :-)

semalam, dia merengek je.. boleh dikatakan 24 jam la.. tido pun sekejap2 jek.. air liur meleleh sentiasa. sian nya anak ibu.. mulut & lidah dia banyak sangat ulser. kat bawah lidah ada la dalam 3 biji kecik2, atas lidah ada 2, kat pipi dalam ada 1, kat bibir bawah ada 1.. hmm.. tu yang nampak, yang tak nampak tak tahu la.. tadi call nursery, dia nak minum air masak yang ibu bekalkan saje.. susu tak nak, makan tak nak.. makan pun sikit2 jek.. merengek je.. tapi tadi tengah tido..

semalam, bawa ke klinik kerajaan. kat bandar baru ampang. ramai nya orang, masya-Allah. tapi nasib baik laju juga la servis.. dalam sejam dah settle.. doc kasi ubat demam, ubat mulut, ubat antibiotik & ubat gatal..  tanya dalam FB, nak kasi makan apa untuk ulser. kawan2 suggest aiskrim.. so, lepas balik klinik, kami ke mc d.. konon reward untuk dia main2 kat mc d tu.. tapi dia tak nak main plak.. meragam, bila ada orang, baru nak main. aiskrim sundae yang singgit tu pun dia tak nak. takut nak makan..

sian aqil.. berapa hari lagi la boleh baik ni.. minggu depan dah kena timbang.. berat tu dah la tak capai 10kg lagi.. dah sakit la plak.. tengah2 malam menangis.. ye la, nak susu, mulut sakit.. tapi, bila kena marah ngan ayah dia, laju je dia nyusu, terpaksa tahan sakit.. tatoott..

kesian tengok anak sakit. tak tahu nak wat camana.. yang penting kena bersabar dengan karenah dia.. tapi, terlepas juga marah2 tu, aku ni kurang sabar sikit :-) .. oleh kerana dia tak nak menyusu, aku dapat tambah 3 botol stok beku semalam, jadi 7 botol la. nak hepi ke tak? hepi sebab ada penambahan stok, tapi lagi sedih sebenarnya anak tak mo minum susu.. may be hari ni ada lagi susu yang akan dibawa balik.. berapa hari ye ulser ni akan hilang.. huhu.. wassalam


aqil, cepat baik ye sayang..

tengok gigi atas saya dah kena makan ulat..

7 comments:

ARNA said...

Kesiannya kat Aqil. Mesti sakit kan. Saya doakan anak akak cepat sembuh dan sihat cergas kembali

littlehumblelynn said...

sue

kat tawakal dulu masa auni banyak ulser sbb HFMD dia ada bg ubat namanya VISCOUSE..(x ingat full name) fungsinya utk bg kebas mulut..so bila dia menyusu/makan x sakit sgt..mmg kesian kalo anak skt..dgn mama sekali yg x leh tido tuh!!

mamamuazsayang said...

ala ciannye aqil..get well soon ya aqil ;)

Me_Lina said...

ada satu ubat utk bg kebas... then boleh minum or maakan... nanti kak ena check nama dier... boleh beli.. kak ena dpt ubat tu from paed alya...

Suliana said...

wow.. tq kasih semua for your caring!!! ni yang best berblog ni, boleh share2 info & pglman.. :-)

Ilhamny.com said...

kalau dah mkin byk, sepatutnya doc tahan kat wad dah tu sbb dia xnak mkn dah..dulu ilham pun penah jd mcm tu..mcm dlm entry linda yg ni.
http://amnybelle2606.blogspot.com/2009/11/tough-weekilham-warded-in-hkl.html

risau..doktor suruh bg air 100plus sejuk2, tp gas dibuang.. dan bg mkn aiskrim byk2..kalau dia xnak kon, try tgk yg aiskrim malaysia (yg leh patah2 tu)..xpun bg ais ketul, dia leh biar dia main2 dan kemam sendri...

kalau xleh gak, & dia still xnak mkn, mmg kena ke spital la..kalau HKL rasanya dia tahan dah tu...

Suliana said...

ye ke.. takut la plak.. tadi call taska, dia nak minum air & mkn skit2 jek..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails