Thursday, September 2, 2010

sakit perut

Assalamualaikum..

Dah tengahari aku baru nak update blog.. hehe. tadi pagi meeting ngan unit. so ada rombakan di buat and aku under bos baru!! nak yeay ke nak sedih? hhmm.. keje still banyak tapi bos baru okla.. hope dia ok kan. compare ngan bos lagi satu pun ok juga walau pun kadang2 ada yang tak berkenan, tapi dah tune dengan cara dia, kira dah boleh masuk la kan. tapi, tak pela.. mana2 pun keje kena buat juga kan..

nak dijadikan cerita, hari ni aku sakit perut cirit birit dan ramai juga aku dengar orang sakit perut hari ni. tapi tak de la tercirit birit macam aku ni. pastu, aku ni asyik sendawa jek.. may be angin kot kan. tapi tenghari ni aura2 nak tercibi tu dah tak de, tinggal sakit perut dan berangin je.. apa la aku makan semalam..

sebut pasal semalam, hubby ku tertinggal kunci rumah kat opis. dah sampai area rumah baru teringat kunci rumah.. terpaksa la aku menumpang kat nursery aqil. malu juga sebenarnya nak tumpang situ. nak tumpang jiran2 macam lagi malu kan. dah la jiran pun baru kenal. tebalkan muka juga la cakap ngan akak taska tu nak tumpang boleh, kunci tinggal kat opis.. nasib baik ok je diorang tu. kat nursery tu staff dia memang stay situ.. so no problem la kalau nak tumpang.. aku pun tumpang asar kat situ sementara tunggu hubby amik kami dalam lebih kurang sejam tak sampai.

si aqil plak, dah nampak ibu dia, makin ngada2 la. nak sembahyang pun duk menangis kat tepi aku. nasib baik cikgu dia tolong pujuk, tapi pujuk kat sebelah juga la.. sempat la korek2 skit cite aqil kat nursery. aqil ni manja kat nursery. kalau budak2 main, dia jadi pengikut je. senyum je.. alahai.. kalau la kat umah aqil macam tu..

okeyla.. nanti aku update lagi yek. eh lupa, aku back to normal la. rasa seperti bukan diriku bila ber saya saya.. hehe.. bye. wassalam..

6 comments:

Nur Hasyimah Mahasan said...

alahai cian dier..dh la zaki lmbt jemput semalam ek..tertinggal kunci umah lak tu...ni kena wat spare la gamaknyer ni

Suliana said...

tu la.. nak buat tak terbuat lagi.. hehe

ejaMaria said...

hehehe... bukan semalam ade bubur lambuk lada hitam pedas ke?... :)

Suliana said...

pedas tu tak de la pedas. agaknya banyak sangat makan pedas kot. sekarang pun tak ok lagi.. :-(

ARNA said...

Bos baru akak? Siapa?

Suliana said...

nana,
dari CPK :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails