Monday, September 6, 2010

mengimbau kenangan lama

Assalamualaikum..

Semalam, sebelum balik berbuka ke kampung hubby, kitorang kuar rumah awal nak jumpa my BFF nak kasi kuih raya buatan my aunty. yela, semalam pun redup ala2 ke mendung dan rintik2 juga time tu, seronok la berjalan. even duk dalam keta, tapi kalau cuaca luar panas, rasa macam terik juga kan dalam keta tu.. hehe.. aqil seronok la dia. dia kalau kasi berjalan, memang mood yang paling happy la. time ni la nak tengok dia senyum, gelak2 & tido.. hehe..

so, kitorang pun berjalan la ke area ulu kelang tu.. memang ada hajat nak jumpa makcik yang jaga aqil dulu. dah hampir setahun rasa nya tak berjumpa. sampaikan ada satu masa, dia call kata rindu ngan aqil.. so, semalam, aku pun siap termimpi2 dah nih.. lepas urusan jumpa my BFF tu, terus la aku call makcik tu kata nak jumpa nak kasi kuih raya.. makcik tu tak de kat umah. so, kitorang gi basuh keta dulu sementara tunggu makcik tu..

then, bila dah siap, kitorang pegi la ke rumah lama tu.. hmm.. sampai2 situ, terus la terimbas kenangan lama.. banyak kenangan kat situ. suka duka semua nya ada. siap cakap ngan aqil "aqil, kat sini la aqil duduk dulu".. hehe.. dah ramai orang duduk situ, keta motor sume dah penuh parking.. suasana pun masih sama. seronok duk area sini even aku ni tak de la bercampur ngan orang. hee... senang nak gi mana2, kecuali nak merentas MRR 2 nak balik kampung tu hazab okeh..




sampai2 jek, biasala anak aku ni lambat warm up skit. kena slow2 approach baru dia ok. tak leh main terkam jek.. lansung melekat kat aku.. kena pandai umpan mainan baru dia okey.. anak2 makcik tu pun seronok tengok aqil, aqil dah lain.. diorang buka pc diorang tunjuk gambar aqil masa kecik. aku pun tak amik softcopy gambar tu. comel nya dia, montel je anak ibu ni masa kecik yek.. sekarang aqil dah kurus..

lama2 aqil pun okey ngan diorang. siap dapat duit raya lagi.. hehe.. mekacih makcik & Lah.. ni yang saje datang jumpa korang ni.. hahaha.. nanti raya kalau saya buat makan2, datang la umah ye. ada ke makan2 tuh?? hehe.. insya-Allah kalau ada orang nak datang, kita masak la..kalau tak de, kita duk diam2 je dalam umah.. hehe..

okey, tu je nak cite.. bye.. wassalam..

p/s: sangat teruja dengar lagu raya kat pc ni.. nak raya!!!!!!!!!!!!!!

4 comments:

ejaMaria said...

sama je mcm luqman - lambat nak warm up ngan orang... kepit je la... ;p

littlehumblelynn said...

kat mana yek umah tuh?macam familiar..

Suliana said...

lyn,

kat estana court, kg pasir.. :-)

Kaseh NazLieza said...

klu ank cpt sgt rpt dgn org luar pon ssh gak...rsau sng kena kidnap..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails