Saturday, September 18, 2010

kokoman vs. ultraman

assalamualaikum..

tengah2 malam sabtu baru berkesempatan nak update blog. kalau ikutkan hati, memang dah terpanggil2 setiap masa nak ngadap komputer ni. tapi memandangkan aku menjadi nanny terjun, tak boleh la nak mengadap barang sekejap.. malam pun dah letih. malam ni je aku gagahkan mata nak mengisi kesunyian blog yang dah lama tak berusik ni..

okey, entry kali ni untuk mak ida yang rindukan heroes dia nih..hehe.. bila dah duduk rumah dengan adanya budak2 kecik, kadang2 rasa seronok juga tengok telatah diorang ni. kadang tu memang pening kepala, geram, etc etc..  sorang si abang, memang sume mainan dia punya, yela, mama dia kan berpantang lama kat sini. aqil bawa badan je balik kluang ni.. haha.. pantang sentuh otomen dia ke, power rangers dia ke, siap la berebut ngan aqil. aqil plak, dah la barang orang kan, nak juga pertahankan rebutan tu.. pening kepala aku tengok budak2 dua orang ni. ni baru ada anak sedara & anak sendiri.. kalau anak sendiri yang ramai2, camana?? jadi tarzan la aku.. hehe..
  

pastu kan, aiman ni dah bawa pengaruh otomen dia kat kluang ni kan.. hmm.. si aqil plak sama naik.. ternampak laptop je, kokomen.. segala apa sebutan, semua ada koko depan dia, aqil tengah nak belajar cakap.. siap bergaduh2 sebut ngan aiman lagi. aiman betulkan sebutan dia, ULTRAMEN LAH. si aqil bantai KOKOMEN juga.. banyak kali juga la kalau budak dua orang tu duk depan laptop bertelagah sebutan.. hehe.. kelakar plak tengok budak2 ni.. pastu, aiman siap dengan gaya, nak otomen macam ni, macam tu la. aku pun sampai dah tahu otomen apa yang ada dalam youtube tu. otomen taro, otomen tiga, otomen kosmos.. haha.. adik badek otomen pun ada ko.. lagu dia pun macam terngiang2 je kat telinga aku ni.. hahaha..



kalau kat ruang tengok tv ni, macam biasala.. kemas kejap, berterabur balik semua toys & cars.. adoi.. sakit mata tengok. nak nyorokkan mainan, kang bising plak cari.. dua2 dah ada mulut, lagi bising la.. aqil plak, alhamdulillah, perangai dia macam dah elok sikit jek. tak de nangis2 dah. kecuali kalau dia nak tido ke nak nenen ke, mula la dia minta dokong.. rapat betul dia ngan ibu dia nih.. camanala nak cerai susu nanti ni.. minggu depan je dah setahun lapan bulan......



hmm.. tu jelah update untuk malam ni. kang esok2 kalau sempat, aku update lagi.. ahad dah nak balik kl.. cepat betul masa berlalu dah nak naik kerja.. aku masuk keje selasa :-) ok... bye..wassalam...

p/s:  al-fatihah untuk keluarga allahyarham M Rajoli yang telah kembali kembali ke rahmatullah. juga kepada keluarga Datuk Sosilawati dan sahabat2 nya yang telah dibunuh secara kejam..


2 comments:

Mama Farra dan Faris said...

comeynye aqil n aiman kokomen..

ejaMaria said...

ok la tu Aqil dah nak belajar cakap... kokomen pun jadi la... ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails