Saturday, September 4, 2010

diari ramadhan su (hari ke 25)

Assalamualaikum....

Dah masuk hari ke 25 kita berpuasa. lagi 5 hari ramadhan akan meninggalkan kita. sedih? gembira? macam2 perasaan ada kan.. sedih kerana dah habis puasa, hanya setahun sekali je dapat rasa suasana macam ni. tahun depan kalau panjang umur, berjumpa lagi ramadhan yang mulia ni. gembira?? tentunya.. sehingga ke hari ini, aku belum cuti lagi.. harap2 clear lagi tahun ni.. gembira juga kerana kemenangan semakin menghampiri kita..

gembira juga kerana akan bertemu bulan baru iaitu bulan Syawal yang mulia. bulan di mana semua sanak saudara akan berkumpul, bergembira, bersalam-salaman dan memohon ampun dan maaf antara satu sama lain.. seronok nya..

upss.. nanti kita cite pasal raya. sejak dah akhir2 ramadhan ni, aku dah semakin malas nak masak.. serius malas. dah 2 hari aku beli lauk. semalam beli nasi kerabu share 2 orang & makan nando's. ni sume gara2 mr eyriqazz yang menggoda cerita pasal nando's tu.. hehe.. tapi sayang nya makan tak habis. may be dah kenyang makan nasi kerabu. may be aqil agak crancky sebab dah kul 9 lebih. kitorang buka kat umah dulu baru kuar gi nando's. so tak de la terkocoh2 makan takut terlepas maghrib.

hmm.. hari ni, cuti hujung minggu pun aku tak masak. yela, plan nya nak balik umah mertua, alih2 tak jadi, hubby kata penat le pulok.. so, tak de la aku plan nak masak apa dari pagi. tadi.actually hubby aku kata tak yah masak, dah lewat.. teettt.. hehe.. boleh je nak masak, tapi macam dah lewat, lauk pun tak de dalam peti.. telur yang sepapan 36 biji pun dah tinggal 2 biji, gile kuat makan telur dalam bulan pose nih.. hehe.. so makan hari ni, kita beli je la.. ehehe.. esok la aku masak nasi ayam ek.. sluurrpp.. teringin lagi..

okey.. tu je untuk update hari ni. actually aku dah karang seperenggan pagi tadi, pastu aqil bangun la plak.. terpaksa la duk terperap dalam draft dulu.. hehe.. bye.. wassalam... selamat berbuka..

2 comments:

ejaMaria said...

bukan Sue je... akak pun dah makin malas nak masak - hujung-hujung nih ;p

Sharinginfoz said...

kejap aja kan ramadhan dah nak meninggalkan kita....

Iklan TV3 Dikecam Hebat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails