Wednesday, September 29, 2010

aqil interframe!!

Assalamualaikum..

hai!! dah lama aqil tak interframe dalam blog ibu ni kan? lama ker.. hehe.. ibu pun kadang2 selit sikit2 je cite aqil sebab cite ibu lagi banyak dari cite aqil..

ok, let's start the story. aqil skang ni dah setahun lapan bulan dah. dah 20 bulan tau. aqil dah besar rupanye. tak lama lagi aqil dah nak masuk 2 tahun dah.. tapi aqil masih lagi bergayut ngan ibu.. sian ibu, bila balik keje, ibu baru nak buat hal2 persendirian dia macam masak ke, toilet ke, aqil mesti nak menenen ibu.. aqil pun tak tahu nape la yang best sangat bergayut & bertepek2 ngan ibu yang masam tu.. hehe.. selagi aqil tak dapat, selagi tu la aqil merengek2 memekak kat ibu & ayah.


ni muka saya yang manje kesayangan ibu!!


sekarang ni, ibu kalau pam susu dah tak meriah dulu. dapat la 3 botol dari 4 botol kosong yang ibu bawa tu. tu pun tak penuh. dalam peti ibu, ada 3 lagi susu ibu penuh krim yang penuh :-) ibu pun dah bekalkan aqil susu tepung untuk top up kalau aqil tak cukup susu. sebenarnya, ibu bercadang untuk wean off aqil. tapi ibu tak tarik serta merta, sian juga ibu kat aqil kan.. ibu nak kasi aqil slow2 terima susu tepung tu sampai la aqil berusia 2 tahun nanti.. ibu rasa ia akan menjadi kenyataan bila aqil tido dah tak cari nenen lagi..

macam ni je hasil setiap hari setiap pam. alhamdulillah.

 
yang peliknya, kalau kat nursery, aqil boleh minum susu tu. tapi kalau kat umah, aqil tak boleh tengok muka ibu, mesti tolak mentah2 susu tepung tu.. malam2 ibu selalu cakap ngan aqil, 'aqil dah besar, nanti dah tak boleh hisap susu ibu dah" tapi aqil buat dek je.. makin menjadi2 sekarang ni 'kekambingan' aqil..




okey, stop pasal susu. tengok aqil dah pandai apa sekarang ni.. aqil dah meriuh2 kan mulut sekarang ni.. hehe.. terjerit2 mulut aqil kalau nak sesuatu.. suka main peti ais juga.. kadang2 bukan ada apa pun dalam peti ais tu, nak main telur la, main sos la.. huhu..

ibu risau telur dia pecah!!

aqil selalu cari vitagen untuk minum sekarang, aqil tak cirit dah kalau minum air ni.

semalam, aqil dapat kasut baru tau!! ibu belikan.. selama ni, aqil pakai kasut baby jek. kasut raya hari tu ada, tapi kalau nak pakai mesti kena masuk stokin, sebab keras. so, ibu belikan aqil sandal kegemaran kanak2 zaman kini..
 
cantik tak?? size 5, ngam2..

jalan skit ibu nak tengok.. ewah.. :-)

okey dah.. tu je aqil nak cerita. saje menempel kat blog ibu lelama2.. nanti aqil menempel lagi kat sini ye :-) bye!!



16 comments:

Arna said...

Aqil dah leh bercakap ke akak?

littlehumblelynn said...

AQIL

adoikh bab nak wean off nih ada sedikit sayu...susah sikit..tp takper pelan2 dia mau nanti!!

Suliana said...

nana,
skit2 la.. cakap bahasa dia.. hehe

Suliana said...

lynn,
ye ke.. sian dia kan.. tapi nak wat camana, kena juga.. nanti lynn leh ajar kan yek :-)

joyahsport said...

su ade amik supplement apape ke nk bnykkan susu??ke berserah jek?

Suliana said...

joyahsport,

hmm , tak de sangat. mula2 dulu la yang beria mkn itu ini. skrg mkn multivit on off plak tu :-) sekarang dah penat :-)

Kaseh NazLieza said...

btuah aqil dpt mnum susu ibu lg...jd ank yg baik ea aqil...

ejaMaria said...

takpe... nnt aqil ok la tu... pelan-pelan la ;p

SiNoMoSa said...

hihihi..bila nak jumpa aqil nie? ahaks
tomey ler sandal aqil tuh..

"ibu risau telur dia pecah!!"--> apakah maksudnya huhu

lily lotus said...

be good boy yer aqil :)

Nur Hasyimah Mahasan said...

irsyad smpi skrg tok leh nk pisah gayut lagi..dh 2 tahun sebulan dh umur dier..padahal susu ibunyer dh takde pun...uhuhu...but still tak nk lepas..padahal memng dh hisap susu formula pun...

Suliana said...

kak shim, telur tu la pecah.. hehe.. sayang woo sebijik berapa sen tuh..hehe

syimah,
camana berentikan susu tu?

Sharinginfoz said...

kejap aja nnati nak masuk 2 tahun pulak kan aqil ni

lynn said...

ibu risau telurnya pecah. haha
macam takot telur aqil je yg pecah. hahahaha

rihana said...

hehe. aqil commell. x sia2 requested mintak gambar aqil. cepat je ibu dia upload =D

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

comel betul mereka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails