Wednesday, August 11, 2010

water filter

Assalamualaikum..

Dah tengahari dah ni.. perut aku berlagu riang.. help!! :-) tak de sape nak help ko ok, orang sume pose relaxs aje.. aku puasa ni pun keje banyak gile, berlambak macam pasar lambak (dah lama tak panggil pasar lambak ^_^) .. dah separuh hari kan kita berpuasa.. insya-Allah mendapat keberkatan di hari pertama ni.. balik ni kena masak klentang klentung kat dapur.. dalam fridge ada ikan, ayam, sotong.. nak masak apa?? sambal sotong la.. hee.. malas aku nak menjengah ke pasar ramadhan yang tentu2 nya harga lauk pauk mesti la melambung tinggi kan??kalau ayah aqil nak pegi, pegi la, ibu tumpang sekaki makan..hehe

eh, sebenarnya aku nak cite pasal penapis air umah aku.. malam tadi, ter'rajin' la plak mencuci ceramic tu.. hhmm.. dah macam apa je rupanya..

ni selepas diceraikan daripada badan utama nya.. Tecno Water ye aku pakai.ni pun mak aku yang hadiahkan.. thank you mama:-) tak kisahla cap apa pun, asal ada..

see.. rumah aku kalau  dah tapis, air macam ni warna dia.. maknanya banyak karat la dalam air tu.. kat luar rumah pun aku ada letak penapis yang murahan tu, tapi tu pun berkarat gile.. abang, cuci cepat :-)

lepas dicuci oleh aku. aku la cameramana, aku la si pencuci. segala2 aku buat sendiri, tak de orang yang nak tolong amik gambar tau. kalau tak, boleh aku tunjuk macamana aku basuh.. haha..tu pun nak tunjuk.. ok, yang ni dah putih dah tapi ada kuning2 gak, kang sental kuat2 takut pecah plak ceramic tu.. aku sental pakai span yang basuh periuk kaler hijau tu jek..
okey, korang dah tengok kan situasi air yang tidak ditapis camana rupa kan.. haa.. tapi kalau rumah tu memang pakai air perigi macam umah MIL aku, no hal kot. tapi takut gak kalau2 ada telur2 cacing ke dalam air tu kan.. hmm.. dengan mata kasar tak nampak kan..hmm.. mencegah lebih baik dari merawat.. seelok-eloknya satu rumah mesti ada satu kan.. sama2 la kita fikirkan ye.. bye!!

6 comments:

Ilhamny.com said...

baru ujung minggu nih nak g cari penapis air..teruk betul air negeri selangor dan kl nih..sampai basuh baju dlm mesin basuh, abis baju2 tu kena air karat..

Suliana said...

betul2.. kalau basuh baju putih tu, kena basuh balik, sebab karat air.. huhu

Intan Inn said...

erm betul tue mencegah dari baik dari merawat..air skrg bukan bersih pun tak tahulah mcm mana sistem untuk dibekalkan kepada kita..

Suliana said...

yup intan :-) at least ada satu ok kan..

ejaMaria said...

sue, akak bengang ngan budak2 tekno water ni... tiap2 minggu datang (tanpa diundang) meng-offer-kan diri nak servis... dah ckp tak nak pun dia nak buat jugak... mcm nak bagi pelempang je... hehehe geram la pulak... sabar... puasa... hehehe

Suliana said...

kak maria,
ye ke?? yang su plak, memang susah nak datang mamat tu. kena set appointment baru datang. tapi tu pun major service la, klu basuh2 ni, sendiri buat.. bila major tu, hujung tahun dia dtg, tukar itu ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails