Sunday, August 8, 2010

roti gulung dengan sosej- resepi pertama dalam blog

Assalamualaikum..

entry kali ni aku nak share dengan korang pasal masak2.. hahaha.. actually , resepi ni macam senang gile la kan.. tu pun nak tunjuk kat blog.. ala, tak pela, sekali sekala aku nak gak tunjuk CARA-CARA AKU MEMASAK.. hehe.. nanti korang ingat aku tak pandai masak plak, bagi la chance aku nak show off kali ni.. hahaha.

ok, menu ni aku belajar dari kak maria masa aku duk sebelah dia dulu.. hehe.. apa nama nya pun aku tak tahu. tapi aku panggil roti gulung ngan sosej..hehe.. Bahan-bahannya, roti beberapa keping, sosej, telur, bread crumb. oleh kerana aku beli roti tak berhabis & hampir expired, aku masuk dalam peti. so, boleh la tahan lama skit.. tengok gambar je la yek..

mula2, rebus sosej dulu

kuantiti roti sama ngan sosej 

gelek roti kasi nipis..aku gelek ngan gelas je

gulung sosej dgn roti

siap untuk dicelup dalam telur

gelek2 dalam telur, campur garam skit telur tu

gelek dengan bread crumb plak

siap sedia untuk digoreng

deep fry, kena jaga2 kang hangus

siap.. boleh makan ngan sos campur mayonis

senang je kan?? tapi kalau aku ni, tempoh masa 15 minit boleh jadi setengah jam sebab ada pembantu kecik yang menyibuk nak menolong juga.. hehe..ni sarapan before gi konvo ida.. tuan rumah tak sempat makan, makan dalam keta ngan aqil jek.. selamat mencuba!!!





p/s : dah ada anak, kena rajin2 masak, fikir kan anak  sian dia tak makan.. hehe

6 comments:

Sharinginfoz said...

sedap gak tu,...... meh satu

Segmen Kenali Blogger: Eelobor

Intan Inn said...

wahh..macam best jer...mesti aqil suka sgt kan...

nasazfrog... said...

alamak good ides lah,, boleh buatkn bekal untuk kakak wani g sekolah nanti.. tq su coz sharing resepi ni..

Suliana said...

boleh la.. hehe.. aqil sume sumbat dalam mulut dia..

nasafrog,
sama2 kongsi resepi:-) nanti try buat eh utk kakak wani..

axelida said...

ok gak resipi nih... sbb simple leh r wat nanti.. hehe. sue, bread crump tu nak cari kat ner?

Suliana said...

kak ida,
bread crumb tu leh cari kat pasaraya. kotak dia macam kotak tepung goreng pisang adabi.. sebenarnya bread crumb tu kulit roti yang dah dikeringkan & blend.. kat giant je su beli :-) selamat mencuba!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails