Tuesday, August 24, 2010

resepi ketiga : mee hailam

Assalamualaikum..

yuhuu.. dah petang dah. mesti ramai yang sedang mencari menu apa nak masak petang ni kan.. aku ni tak de la tukang masak no, tapi saje nak menayang apa yang aku masak semalam.. haha.. Kali ni aku nak share resepi mee hailam plak.. hehe.. first time buat mee hailam ni, kira try & error juga la.. rupaya senang je buat mee hailam ni eh.. ok, bahan2 nya seperti di gambar..

bawang putih 4-5 ulas, dicincang atau diketuk, sayur2 carrot & sawi..
bahan2 rencah, ayam, udang, fish ball, fish cake. kalau ada sotong lagi best..

ni kuah yang tengah masak..

mula2 tumis bawang putih, dah naik bau, masukkan air mengikut berapa banyak mi yang nak ditenggelami :-) dah masuk air beberapa gelas tu, masukkan ayam. bila ayam dah empuk, masukkan la sayur2 yang keras2 tu..bila dah mendidih, masukkan udang, sume fish2 ball & cake tu.. curah la kicap bebanyak. aku rasa kicap aku macam dah tinggal suku botol jek. banyak pakai kicap nih.. :-) kalau nak pedas, leh ketuk2 cili api sikit. letakla tomato nak nampak meriah skit.. hehe..

pastu, jangan lupa masuk garam sikit je, sebab kicap ni ditakuti masin.. okey, bila rasa2 nak makan, baru la masukkan mi kuning yang dah dibasuh, kalau tak, kembang nanti mee tu. makan la masa panas2 tuh.. jadik juga aku masak semalam.. aqil pun makan mee juga..lain kali, boleh masak lagi..

ni la rupanya mee aku ni. mangkuk tak lawa la pulak, tak de dah mangkuk lain.. hehe..

hari ni plak, dah tak tahu nak masak apa. makan nasi terus la dengan cencaru belah belakang yang dibakar, resepi mak tok :-) tadi dapat bubur lambuk kg baru.. banyak gile.. rezeki di bulan puasa kan.. kalau tak habis, sayang sangat. tu yang aku tak suka bazir2 ni.. ingat lagi nenek kata kalau buang nasi, nanti nasi nangis, ayam je dengar nasi nangis.. korang pernah tak dengar macam tu??hehe.. tu la la nenek ku, banyak pantang larang nye dan sampai sekarang menjadi ingatan.. hehe..

okey.. selamat mencuba!!

6 comments:

SiNoMoSa said...

yummy! nak sikit ahaks..buat time open house nanti eks ahaks

Suliana said...

ala kak shim, senang sangat masak me hailam waktu open house.. haha... macam tak kenyang je, kang balik dari open house, redah jem, dah lapar balik.. ekeke..

Kaseh NazLieza said...

pheewitt..mee hailam tuh..nk sket..

Dokter faRyn said...

nak try la nanti! hehehhe.

Mama Farra dan Faris said...

wahh..

sodap n senangnyer masak..

tp malasnyer nak masak..

pehal nihh..

Suliana said...

lieza,
kalau berjiran, of course dah sampai depan pintu tuh.. hehe

faryn,
try ler.. tapi aku lupa nak tulis, letak le lada hitam & lada sulah skit..

kak y,
akak bukan cikgu ke? rasanya cikgu balik awal bulan pose nih.. hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails