Monday, August 30, 2010

hujung minggu punya cerita

Assalamualaikum..
Update pagi2. aqil tengah tido lagi. sian aqil, dia demam semalam. tapi tak panas sangat, paling tinggi 37.9 degree. dia kalau dah demam, mulut tu mesti tak lepas dari nak nenen. bergayut je. aku pulak cuti hari ni. amik cuti tersepit, sambung yang hari tu punya cuti. tengah berkira2 nak hantar ke tak aqil ke nursery ni. aku banyak program la hari ni. ingat nak cari barang nak buat kuih raya yang sejenis tu :-) barang apa nya, buttercup je. kalau tak hantar, kang tak dapat buat keje umah plak. nak hantar, demam la plak..

semalam gi jusco, aqil dah meragam, terus balik.. kasut dia plak, beli size kecik sebelah. aku dah agak dah.. kalau ayah nye yang tunggu salegirl tu cari kasut, bukan nak cek betul2.. dah satu kerja pulak nak gi tukar. aku dapat rasa benda ni akan jadi. sebab masa aku kecik2 dulu, pernah kena kasut kecik sebelah. pakai je la masa raya tak sama saiz tu.. tapi, ni aqil ada peluang nak tukar, mesti la pegi tukar kan.. huhu..

semalam kami gi jusco wangsa maju. pagi2 lagi dah kuar rumah. tak de la pagi, dalam kul 10 juga. tapi, macam tu pun parking dah hampir penuh. pukul berapa la diorang ni datang.. bukan ada sale gile2 pun.. huhu.. dapat la belikan ayahnya baju 2 pasang, mainan aqil set golf tu. nyesal plak beli, buat sepah rumah jek.. aqil plak, bila dah nampak ball, nak ball. padahal kat umah dah ada 3 ball besar, 1 ball kecik.. sempat la tarik dia..

dah siap bayar2 sume, bawa la dia gi ke wonder park tu.. haishh.. dah masuk tak nak kuar plak.. berhempas pulas nak kuarkan dia dari situ.. dulu, aku tengok anak orang je perangai macam tu, sekarang, anak aku sendiri buat perangai macam tu.. tak dapat la aku meround2 ke bahagian pinggan mangkuk, alas2 meja tu.. nanti la, kat SOGO aku pegi.. hehe.. saje, kadang suka tengok benda2 macam ni, berangan :-) sampai jusco kul 10, kul 12 lebih dah dalam keta dah.. cepat gile kan :-) okla, budak kecik tu dah nangis.. bye!!!

2 comments:

ejaMaria said...

patut la dia demam... berjalan tak puas semalam tu... :)

Suliana said...

hehe.. patut ibu dia yg demam tak puas jalan :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails