Thursday, August 26, 2010

entry ke 302

assalamualaikum..

kat luar mendung rupanya. aku baru balik dari giant bawah ni, beli barang skit2.. sikit2 pun 30 lebih juga capainya.. haishh..eh, tengok tajuk atas tu..dah banyak cerita rupanya aku menceceh kat sini :-) dah sampai 302 dah sejak setahun lebih yang lalu.. apa la yang aku merepek kat sini ..hehe.. harap korang terhibur lah yek..

tadi, masa aku tengah online, tiba2 terbuntang bijik mata aku.. betul ke apa yang aku tengok ni? aish.. suprise juga la sebab selama ni tak pernah macam ni. 
nampak tak yang tengah online tu berapa ramai?? 40 orang..heee.. tu pun nak kecoh kan. tak dela, tak pernah terjadi. ke counter ni salah aku tak pasti la.. hehe.. apa yang korang tengah baca tadi? baca pasal budak tengah mengamuk ke?? hehe... mekacih sudi singgah walaupun hanya sementara..

okey.. hari ni agak sibuk la, membuat urusan perbankan. tadi pagi aku pegi ceramah agama pasal kewangan dalam islam. topik yang menarik. tapi seperti biasa mukaddimah nya aku dah 'berzikir' kejap.. hehe.. tak hilang2 tabiat tu dari dulu. tiba2 rasa terbangun untuk membuat perubahan. chewah.. nanti la kalau dah okey, aku story la.

penceramah tu ajar la camana nak uruskan kewangan. hutang benda yang wajib dibayar dulu, diikuti belanja, kos pendidikan untuk anak2, kos perubatan mesti ada bajet even tak demam bulan tu. lagi, simpanan mesti ada dua tabung. 1 simpan to forget - ni kalau ada kecemasan, boleh pakai tabung ni, 1 lagi simpan untuk digunakan contohnya kalau nak beli something, pakai la duit ni bila dah cukup amount nya. yang keenam nya adalah pelaburan. pilihla pelaburan yang menjamin masa depan. org tu kata org gomen ni pandai simpan duit. betul ke?? aku rasa ada betul juga. sebab kita ni dah tak de sumber lain nak cari duit lebih, dari situ kita dah pandai kumpul duit. so, gunakan perbelanjaan secara terkawal. kalau ada duit lebih, berbelanjalah secara berhemah :-)

last sekali, no. 7 berada di puncak ialah zakat dan infaq (derma, sedekah). di sinilah terletaknya punca keberkatan sumber pendapatan. tepuk dada tanya iman, di mana sepatutnya zakat ni duduk. adakah menjadi keutamaan atau pun bila ada duit, aku bayar la.. penceramah tu kata, harta yang kita cari ni adalah amanah dari Allah. so, jangan nak berangan nak kedekut2 taik hidung masin.. berbelanjalah ke jalan yang benar.. insya-Allah ada keberkatan dan tanpa disedari ada je duit kita, ada je rezeki datang dari mana2.. kan?? :-)

hai.. bagusnya ceramah kali ini. at least, dapat la mencelikkan mata hati kita yang kadang2 perlu diingatkan. kalau tak pergi/ dengar ceramah, sapelah nak ingatkan kita yek.. pas ni nak buat tabung 7 tingkat, bulan2 masukkan la bajet untuk setiap perkara tu.. hehe.. insya-Allah.. korang pernah dengar sistem sampul surat?? konsep yang sama kot macam tu .. perubahan perlu dilakukan sekarang dan tak payah nak tunggu2 lagi..it' s better than nothing, kan? :-)

okey.. tu saje untuk dikongsi hari ini.. daa....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails