Thursday, August 19, 2010

diari ramadhan su (hari ke 9)

Assalamualaikum..

Dah masuk hari ke sembilan kita puasa. betul ke 9?? aku ni ingat2 lupa plak berapa hari kita puasa dah.. hehe.. alhamdulillah, pagi tadi dapat bersahur dengan jayanya.. dia kan kalau tak bangun sahur esok, keesokannya mesti berazam untuk bangun dan akhirnya terbangun juga.. hehe.. ni sume sebab 3 beranak ni tido depan tv kat bawah.. tapi dah bangun dalam hampir pukul 5, baru nak masak nasi.. hmm.. lama juga tunggu nasi masak dalam 20 minit kan, padahal sepot jek.. so, dalam menunggu nasi masak, panaskan itu ini.. baru la dapat makan sahur..

sikecik tu bangun plak.. sebab dia dengar bunyi pinggan berlaga2 agaknye.. dah la malam tu, dia bangun pukul 1pagi. sakit perut agaknye.. tengok muka dia tengah meneran. pastu, aqil ajak aku naik atas. mulanya aku tak nak, dah dia melalak plak.. ok2.. ibu naik atas basuh yak yak aqil eh.. pulak tu, nak main air dalam besen plak.. ee.. geram nye kat budak ni. bila sume dah siap pakai, turun bawah balik sebab nak sambung tido.. boleh plak di tunjuk2 dapur.. aku tengok gak apa benda yang dia tunjuk2 tengah malam ni kan.. rupanya nak main peti ais plak.. buka peti ais, makan epal sebijik, main hp ibu tengok video.. then ibu pun tak sedar dah bila kita tido kan aqil.. hehe..

budak ni kuat ngamuk la sekarang ni.. peel dia menjadi2 kalau kita tak ikut cakap dia. dah la aku sibuk nak melantak buka, dengan dia lagi yang nak itu ini.. dia mesti nak kena dengar pekikan maut ayah dia tu, baru senyap..  eh, sebelum senyap tu, nangis sedu2 dulu la.. macam tu la rutin setiap hari kami berbuka. MESTI.

ok, lupakan pasal kekecohan semasa berbuka. hari ni, korang nak masak apa? aku terbaca plak kat blog amisy tu, dia buka mi kari.. hmmm.. rasa macam nak masak mi kari plak hari ni.. slurrpp.. mesti terangkat. hehe. tapi bulan puasa, camana nak rasa kan.. jap lagi nak gi cari bahan2 nye la, mi je yang dah beli tapi tak masak2 lagi.. teringat pulak mi kari sedap aku masa open house dulu.. haha, perasan.. okey la, nanti petang aku story lagi kalau tak busy.. pagi tadi busy skit. pening makcik.. bye.. wassalam..

2 comments:

SiNoMoSa said...

sedap ke mee kari masa open house hari tue? hihi
okay la jugak not bad hihi

Suliana said...

ala kak shim ni.. tak kasi support langsung.. sedap tau.. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails