Sunday, August 15, 2010

diari ramadhan su (hari ke 5)

Assalamualaikum...

Dah masuk hari ke lima kita berpuasa. diari hari ke empat tak dapat nak update sebab kami berbuka di kampung hasben :-) tido sekali kat sana. now, dah sampai rumah kul 2 lebih tadi. before tu, pegi shopping kat tesco dulu.. barang dapur banyak dah habis..  ramainya orang kat tesco ampang, nasib pegi awal juga dalam kul 12 lebih.. nak bergerak pun asik langgar bontot orang je.. bayangkan punya la sesak especially kat lauk2 basah :-)

sekarang ni, budak tecit aqil tu tengah seronok tido dari pukul 2 tadi, tido dalam keta then sampai je terus masuk buai.. sampai sekarang pukul 4.30 tak bangun lagi.. biar la dia tido lama2, kesian dia letih agaknya.. aqil ni sekarang susah sangat nak tido siang.. main aje keje nye.. kalau main sensorang tak pe.. ni nak main ngan ibu kat dapur, time lipat kain pun sama sibuk nak memunggah.. hehe..

hari ni aku buat dessert yang dah lama tak buat.. hehe. buka balik buku resepi mama.. puding kastard & cocktale.. nanti aku update entry dia selepas merasmikannya malam ni eh :-) kang takut tak sedap plak.. hehe.. dapat la juga buat sementara aqil tido ni.. jap lagi nak masak plak untuk buka.. tak tahu lagi lauk apa nak makan.. hehe..

okey la, korang2.. selamat berbuka puasa!! letihkan weken banyak keje rumah nak kena settlekan tapi rasa masa tu banyak je & sume dah settle.. may be sebab tak de sibuk2 nak masak pagi/ tengahari kan kan kan.. jimat masa skit tang tu.. hehe.. c u again. wassalam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails