Thursday, August 12, 2010

diari ramadhan su (hari ke 2)

Assalamualaikum..

Yuuhuu!!! korang nak masak apa petang ni?? heee.... susahkan fikir nak masak apa.. ni yang kena rajin tengok blog2 yang berunsurkan makanan, cari resepi sana sini., korang kalau ada resepi yang simple2, leh kasi tahu kat aku..time pose baru nak cube, dulu masa tak pose nape tak cuba kan? huhu.. nyesal jap :-)

ok.. semalam aku dapat kurma, hasben pun dapat kurma gak dari opis dia.. hari ini, aku dapat lagi kurma.. huaaa.. jimat, tak yah aku cari kurma kat kedai.. ok, dah kurma banyak2 ni kan, korang yang menyusu anak mesti nak cari resepi2 yang nak tambah susu kan??

kalau korang rajin ke susuibu.com, mesti pernah dengar resepi ice blended kurma. ok, tak pe. kalau tak pernah dengar, aku cite kat sini la :-) eh, jap2 aku kasi link. klik sini. click to enlarge.



nampak?? 10 biji kurma, 1 cawan longan, 1 cawan air rebusan longan dan 2 tray ice.. ni macam smoothie la.. aku pernah buat dulu, tapi aku pakai fresh milk ngan kurma jek.. sedap!!! tapi manis skit.. hehe.. nanti malam nak try buat la. kurma banyak kan.. hehe. tak pun, minum waktu sahur, lagi menambahkan tenaga.. mula2 tu takut gak nak minum takut rasa pelik ..hehe.. tapi ok jek.. try tau :-)

eh, lupa nak cite hari 1 semalam camana.. semalam masak sambal sotong, ikan goreng, sayur kubis campur, ikan masin - pembangkit selera tu.. hmm.. nasi 3 pot, habis sehingga ke sahur.. sambal sotong aku menjadi la macam mama masak (haha, perasan).. yela, dah bulan puasa kan, mana nak rasa, kang terlebih garam ke, ada yang masam muka nanti.. hehe.. aqil?? mengacau juga budak tu. sahur tadi boleh plak dia bangun.. waaa.. nape la bangun yang, belum time lagi kan..

kat pasar ramadhan umah aku tak best sangat. hasben aku yang gi cari kuih. kuih tepung pelita.. suka sangat kuih tu time pose. samala time pregnant aqil, asik kuih tu jek, sampai kencing manis. huhu.. okey la.. tu jek ..wassalam..

p/s : makan jangan sampai tergolek, macam kami semalam, tergolek dok.. haha..


4 comments:

mamamuazsayang said...

haah kan..kuih tepung pelita sgt sedap d bulan2 puasa ni!!!

Ilhamny.com said...

sama lah, hubby pon suka tepong pelita..btul jgn smpai tergolek, smlm perut terlalu penoh sampai nak sujud & rukuk smyg maghrib pon senget jek bdn rasa..mcm nak tersembam ke dpn dah..hehehe

mama_fatin said...

sdpnya tgk su punya juadah berbuka smlm..rasa nak masak yg sama la nnti..hehehe

su, longan tu, longan kering ke ape???pastu rebus, amik air dia secawan ek..mcm sedap, tp nak try mcm x clear pulak directionya..hahaha

Suliana said...

mamamuaz,
sedap!! sebab manis kot, masuk mulut tak yah kunyah, telan je..hehe

linda,
haha.. sarat sangat la tu..:-)

hawa,
sedap ke?? tu belum tunjuk gmbr lagi tuh.. hehe..
haah, longan kering yang direbus. air dia tu memang utk minum, tapi kalau nak wat ice blended ni amik secawan je la, yg lebih leh simpan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails