Saturday, August 28, 2010

diari ramadhan su (hari ke 18)

Assalamualaikum...

Semalam, kami berbuka di De Palma Hotel, Ampang.. Atas jemputan opis hubby. aku menumpang je la kan :-) alhamdulillah, perangai aqil baik juga la.. syukur sangat.. may be suasana yang lain compare ngan kat rumah asyik mengadap muka ayah & ibu je, kat sana banyak benda yang aqil boleh buat.. even dia duduk atas pangku ibu sepanjang masa, tak pe. janji aqil duduk baik2. makan berterabur atas meja pun ibu tak kisah. nak ketuk apa, ketuk la. jangan nangis jek. :-)

May be aqil cukup rehat kot duduk ngan ibu kat rumah. dia dapat 2 kali tido. last bangun pukul 5 lebih time ayah dia balik keje.. yela, kalau duk umah, nak ngempeng ngan ibu jek. nak ajak ibu main, ibu  ni ala2 pemalas nak main2 ngan aqil :-) last2, ibu kasi nenen kat aqil, jom tido aqil :-)

Buffet semalam boleh tahan best!! ada ke hubby ajak balik sembahyang kat umah. aku ni perut tak kenyang lagi. yela, buka pun bukan betul2 sebab melayan aqil lagi.. setakat 2 3 sudu jek ( ye ke?? ) nak la juga aku meround lagi cari apa yang best. so, dapat la juga  aku sambung makan after maghrib kat situ. surau yang luas, selesa sangat. pernah aku buka kat hotel kat KL, bilik hotel jadi surau. ko bayangkan la berapa ramai yang nak sembahyang, bersesak2 dalam satu bilik, dengan telekong tak bawa nya.. huhu.. tapi semalam, best, memang okey la. lagi pun De Palma kan hotel bercirikan keislaman..

okey la.. to be contibue.. aqil dah bangun!! 

2 comments:

syirakhalid said...

hari ni pulak masak apa kak sue? hihi

ARNA said...

Lorr... ruginya buffet kan banyak giler makanan. Harus smayang dan sambung makan sampai kul 10mlm (Sampai tutup) hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails