Friday, August 27, 2010

diari ramadhan su (hari ke 17)

Assalamualaikum..

Hari ini 17 ramadhan ke? hari ni nuzul quran. KL tak cuti tapi sebab aku duk ampang, selangor, taska aqil tutup. so, aku kena jaga itu budak kat rumah la.. tapi aku amik direct sampai merdeka.. hoyeaahh :-) hari nuzul Quran ni adalah hari di mana Quran telah diturunkan ke bumi dan menjadi mukjizat terbesar nabi Muhammad S.A.W. Ia juga menjadi pedoman dan panduan hidup kepada semua umat Islam di muka bumi ini..

Bercakap pasal al-Quran, korang stat ngaji bila? kalau tak silap aku, aku stat ngaji masa tadika kot. ngaji dengan mak yah sedara nenek & duduk sebelah umah nenek. dulu, masa kami kecik2, kami semua tak dihantar ke taska, tapi hantar kat umah nenek & bersekolah dekat situ juga, Kg. Melayu, Kluang.. bila mama balik keje, dia amik kitorang balik. so, aktiviti lepas balik sekolah adalah pegi tuisyen umah mak yah & ngaji sekali. kecik2 lagi dah tuisyen ko.. stress kejap :-) bila dah belajar umah sedara ni, perhatiannya lebih sikit la kan. kat sini la kitorang belajar disiplin diri. 

mak yah aku ni garang!! ko salah ngaji, siap la terbeliak2 bijik mata dia., ketuk jari ngan  apa2 je la.. kalau datang umah nenek, dengar suara kitorang main kat luar, dia pun dari tingkap atas umah dia dah jerit  "tak baca buku ke"..dulu dia muda mungkin time baran kot. sampai sekarang kalau jumpa dia, rasa nak melarikan diri tu ada lagi.. hehe.. sampai aku & kak long kawin, mak yah ni tetap menjadi cikgu ngaji kami.. masa kak long kawin aku rasa dia nangis kot. may be sedih sebab anak muridnya dah besar & kawin sudah.. masa aku kawin, dia tak nangis.. haha.. masa kitorang kawin, dia la yang mengetuai majlis khatam Quran tu..

dari kiri cik liza (jiran belakang- jaga aku maa pantang), mak yah, nenek & mama. pic ni masa adik aku kawin.

alhamdulillah, berkat tunjuk ajar mak yah, kami dapat membaca al-quran dengan lancar nya. walaupun aku khatam quran seawal darjah 1, kena ulang2 lagi baca sampai la aku habis darjah 6 sebab masa tu dah tak duduk umah nenek sangat & UPSR pun dah habis & aku dah tukar sekolah menengah..

tu je la nak share sempena hari nuzul Quran ni. jasa mak yah tetap dikenang sampai bila2.. susah dah nak cari tok guru macam ni sekarang ni.. amalkan membaca al-Quran setiap hari even 1 ayat.. baru la lidah ni lancar je bila nak baca.. bukan simpan al-Quran buat perhiasan.. just my 2cent :-) wassalam..

p/s : zaman aqil nanti camana la yek..

1 comment:

~ujicham~ said...

aku dulu mak aku yg ajar. maklumlah anak ustajah.. tp lambat juga aku khatam... darjah 4. time anak aku niat nak ajar sendiri.. muga2 maqbul.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails