Friday, August 20, 2010

diari ramadhan su (hari ke 10)

salam..
dah 10 hari kita pose.. lagi 3 kali jumaat dah nak raya.. betul ke aku kira ni? kadang aku ni ingat2 lupa.. hehe.. okey, hari ni nak masak apa yek?? semalam aku masak mi kari tau.. menjadi again.. hehe.. yela, masak2 di bulan puasa ni sangat berisiko tau.. kalau tersalah tambah garam gula ke, boleh jadi tawar, masin, termanis la.. huhu.. silap2, time buka tu ada yang muncung tak puas hati makanan tak sedap.. hehe

betul tau.. bulan2 puasa ni, sume orang nak sensitif.. lebih2 lagi kalau melibatkan makanan ni.. kalau beli tak sedap, siap la kedai ko tu black list.. haha.. kedai tak pe lagi, tapi kalau bini kena black list camana?? haai.. ok gak tu, tak yah masak dah.. hehe..

hari ni may be my parents dari johor datang. dia nak tengok baby affan. tapi rasanya sampai lewat, better la diorang lepak rumah aku dulu.. esok barula berbuka sama2 dengan kak long (puasa ke.. hehe) kat klang.. seronok kan berbuka ramai2 ni.. umah MIL dah buka dah minggu lepas. umah johor macam tak balik jek, nak simpan duit untuk raya.. lama tul la aku tak balik johor ni.. ye la, dah parents aku dah datang sini, kira dah jumpa la kan.. tak de la aku kerinduan kat diorang..

okey2 la.. dah kul 5 ni.. nak siap2 nak balik. kang laki aku tepon bising lambat turun la bla bla bla.. hehe.. assalamualaikum.. nah, gambar mi kari semalam.. selak rencah cari mi.. betapa banyak nya rencah mi kari tu.. hehe.. ok.. senang je kan nak masak mi kari ni, nanti kalau korang nak resepi bagitahu je la.. haha..poyo.. bye

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails