Monday, August 23, 2010

aqil in da house!!

Assalamualaikum..

Ramadhan sudah menjelang hampir 2 minggu. hari ni dah hari ke 13.. pejam celik pejam celik, cepatnya masa berlalu. alhamdulillah diberi kesempatan untuk celik pada hari ini.. ya Allah, berikan lah kami kesihatan yang baik untuk meneruskan perjalanan di bulan yang penuh berkat ini.

Bercakap pasal kesihatan, aqil batuk dan selsema sekarang.. kuat dia batuk. nak kasi makan ubat punya la menggelupur tak nak makan. tiba2 aku terfikir, bulan puasa ni memang aku tibai air batu sepanjang berbuka.. aku ni bukanlah hantu ais sebenarnya, tapi tak tahu la kenapa kali ni rasa kalau tak minum air sejuk tu, rasa tak puas2.. aku agak la, efek nya pada aqil.. sian anak ibu.. ibu minum air sejuk, aqil yang jadi mangsa.. aku pun sakit tekak ni, tapi batuk skit2 jek.. kalau time buka tu, aku memang banyak minum air bergelas2 juga la.. tu belum masuk makanan lagi tu.. hauskan. ibu menyusukan memang begini :-)

oww.. cantik tak busha legging aqil? ni kak long yang kasi, beli dari kak alina kot.. dulu aku tak berapa kenan sangat kat busha2 ni. ingatkan untuk anak pompuan jek, tu yang kalau orang jual aku buat tak reti jek.. sekarang ni, bila kak long kasi, macam ok la plak aqil pakai.. boleh buat suar basahan dia kat rumah.. dengan ada gambar katun kat bontot tu, nampak macam comel jek bila dia jalan.. nanti leh usha2 lagi kalau ada yang berkenan..

ni port kegemaran aqil..
aqil dengan mainan baru nye.. masa kat IKEA, melekat dia tak nak gerak duk membelek benda ni.. ibu pun amik kan satu, last2 atok kata nak bayar kan.. yeay kejap.. hehe
eh, tiba2 ada gambar makanan plak.. hehe.. ni menu hari jumaat masa mama datang.. menjadi juga la sambal kering ikan bilis ni. dia kena rangup2 ikan bilis tu then sambal tu kena goreng lama. baru jadi.. ingatkan nak simpan buat stok masa lauk tak de, tapi sekali hadap jek dah licin.. 

kalau style aku la kan (may be sama je kot dengan orang lain), cara2 nya:-
ikan bilis kopek2, basuh, goreng sampai garing
bawang merah & bawang putih blend, ikut suka la berapa byk bawang nak letak. tumis.
masukkan cili giling/cili boh. tumis ngan bawang tadi.
air asam jawa sikit (ada orang letak asam keping)
tumis2 sampai pecah minyak, dah naik bau sume, sampai la dia macam dah nak kering.
eh lupa, letak garam, gula skit, aku letak bawang besar potong bulat2 sebagai penyedap rasa..
dah hampir kering, tutup.
pastu, bila dah nak makan, baru la gaul2 dengan ikan bilis tadi..
siap..

okey tu je coretan untuk pagi ini.. selamat memulakan hari isnin .. senyum selalu ^_^.. wassalam

1 comment:

ejaMaria said...

sempat lagi tu masuk resepi... hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails