Friday, July 16, 2010

untuk ibu2 yang susu sikit :-)

Assalamualaikum..

Agak lambat update blog hari ni, network tiba2 tak de dari pagi.. semua kerja tak menjadi, now dah menjadi. take 5 :-). Okey. dah lama tak cerita pasal susu kan? susu apa lagi klu bukan express breast milk (EBM). sepanjang bulan lepas, susu aku dikira drop juga la. Susu ni ibarat roda, kejap dia meriah, kejap dia tak meriah. so bulan lepas, memang tak meriah la.. kalau aku bawa 4 botol kosong, balik mesti ada balance 1 botol tak berisi.. yang berisi pun tak de la penuh mana, setakat 3-4 oz je la.. tak pela, itu saje rezeki aqil untuk hari itu..

Aku ada terjumpa produk yang menarik dalam website MLO. Sangat sesuai untuk ibu2 yang BF yang hasil nya hanya 1oz - 2 oz.. aku tengok menarik juga ni. sebab, kadang2 aku pun ada gak dapat macam tu. ingat masa susu drop dulu, bila dapat tak sampai 1oz, aku cepat2 suruh aqil minum.. malas nak simpan, bazir bekas jek.. ok, rupa benda nya begini.

sensible lines milk tray

Dia macam ice cube tray kan?? tapi yang ni lagi hygiene, ada penutup sume, tak boleh masuk bau2 ikan, tempoyak sume tu la.. bila kita pam, dapat dalam 1 oz, kita masuk dalam tray ni.. bila kuota dah penuh, kita kuarkan dia then masuk dalam zip lock plastik.. see, klu ada 5 ketul susu beku tu, sama dengan 5 oz susu.. dah dapat top up stok sebotol :-) dulu, masa aqil baby, kadang tu dia meragam gak. kejap bagi 4oz habis, kejap bagi tak habis. end up, buang jek yang lebih tu.. sayang kan..

so solution dia benda ni la. actually aku rasa boleh je pakai ice cube tu, tapi tak de penutup.. serap pulak bau2 peti ais tu..so, kepada ibu2 yang jenis susu sikit, boleh try tray ni.. macam best plak kan, tambah semamgat nak ngepam.. tapi tengok la regenya RM110..

okey, last but not least, susu aku pagi tadi ni je.. 7 oz. boleh la, may be petang nanti up lagi kot.. hehe.. harapan aje.. okey.. selamat memerah..


p/s: kadang ada orang kata "kawan ko ke su yang jual itu ini dalam blog tu?" bukan la.. kadang aku akan share benda2 yang aku rasa menarik.. promote free aje..hehe..


3 comments:

Kaseh NazLieza said...

nasihat yg sgt bguna utk ibu2 yg susu sikit...

joyahsport said...

hoh...mahai jugak tu...

shazafaris said...

suke bace blog kak sue, byk bg info tau..fiza pn kdg2 susu meriah kdg tak..then mule risau..lunch hour je pam byk kt ofis..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails