Tuesday, July 20, 2010

sukarnya nak memuaskan hati manusia

Assalamualaikum..

Dah beberapa hari aku tak blogging okey.. waaaa.... sungguh sadis sekali.. sedih ke tak dapat menulis di blog ni?? ke sedih sebab tak leh follow cerita kawan2?? huwaaa.. sedih juga la.. tapi yang lagi sadis aku memang busy giler.. makan tak menentu sejak 2 hari ni.. (makan jek ingat).. kerja pun dah macam orang gile.. tak sempat nak mencilok2-cilok dari excel ke internet explorer..

Dah lama aku tak de perasaan macam ni.. nak kata stress, stress juga la. tapi ada pengalaman baru dalam ke'stress'an aku ni.. alhamdulillah, belajar sesuatu.. aku harap perkara ini akan habis sampai hari ni je.. tapi, ntah2 esok2 bersambung lagi. tidak!! bagi la aku hidup dalam ketenangan!!

dah 2 hari juga aku ter'skip' pam susu pukul 4.. balik rumah baru dapat pam.. tapi, camana nak dapat full bottle kalau dah sorang tu pun sibuk nak menenen..ish ish ish.. tak nak kasi, susu dia gak :-) ibu nya plak sibuk nak memenuhkan botol untuk bekalan hari esok.. hari ni pun tak sempat nak pam petang.. sebab nya petang tadi, aku diangkut ke pejabat menteri.. selalu aku jakun jumpa artis kan, ni jumpa pak menteri 'S' pun ala2 nak jakun gak.. tapi, tak nampak pulak kelibat dia setelah dipanjang2 kan leher ni.. nampak pintu & orang kuar masuk jek.. ehehe..

Rumusannya bagaimana?? dapatlah disimpulkan (cheh, ayat skema), sesungguhnya mendapatkan data itu sangat sukar. melainkan jika kita yang conquer semuanya. tapi nak conquer sorang tu, macam orang gile je la plak kan buat keje.. tapi, orang bukan suka2 nak minta data jika tiada yang push. data tu pulak perlulah lengkap supaya orang yang pergi menghadap dapat menjawab dengan kebaboomm!!! tapi, lain orang lain pulak permintaannya. bila kita buat benda yang simple "ringkas nya, eleborate la skit".. bila dah buat bagai nak rak " saya mahu fakta je, sehelai dah cukup" buang karan jek berhempas pulas sampai nak gastrik.. susahnya melayan kehendak manusia ni.. tapi, jika kita berada di tempat pegawai tu, sangat kesian dan stress! aku yang tengok pun dah stress, rasa nak menangis di situ..

okeyla. itu saje luahan rasa untuk hari ni.. esok pulak belum tentu dapat berblogging di siang hari..kawan2 blog, nanti bila free, akan kusinggahi ruangan kamu2 yek :-) uppss.. untuk ilhamny a.k.a linda yang bertanyakan macamana nak wat status FB like macam saya ni, boleh pergi ke sini untuk ambil kod HTML nye dan bolehla tambah widget baru di blog kamu :-)..

sekian, terima kasih. 

saya yang menurut kata hati,

 

5 comments:

suhaida shukor said...

ida da klik nuff kak teh. rajin2 la klik ida punya ='(

Epul Azimi said...

bukan semua org ade sepenuh masa untuk blog,sy hampir seminggu tak update sampai kawan2 datang komen dua kali,ape2 pon maintain blogging.......:)

ARNA said...

Wahwah... Sudah advance sekarang. Dah ke pejabat menteri plak ni. Yeah keep up the good work kak Su

Sharinginfoz said...

memang kekadang bila tak tulis dan baca blog rasa lain aja....

Ahad pun Hari Tanpa Plastik?

Suliana said...

ida,
insya-Allah.. :-)

epul,
okey.. tq:-)

nana,
good work ke?? ni pegi sebagai bidan terjun jek.. huhu

mr sharinginfoz,
haah, btul la..hehe..kena cari masa juga nak update..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails