Thursday, July 1, 2010

semalam & hari ini..

Assalamualaikum..

Pagi yang sangat mengantuk.. dalam kereta aku tido jek.. kenapa la berat sangat mata ni nak buka bangun tido. time induksi boleh plak bangun pukul 6 tu. hari ni tak lambat dah.. walaupun jam dalam keta menunjukkan pukul 8.10, jam di tangan pukul 8, tapi jam di punch pukul 7.55 pagi (jam2 kami sume lain2 waktu, ada yang cepat setengah jam ada yang cepat 1 jam, sume cepat la, tapi orang nye kalau dah jenis lambat, lambat jugek).. fuh.. selamat kali ni.. nak kasi cantik skit bulan ni, tak mo merah lagi. baru ingat nak tukar masuk WP 3 (8.30 pagi).. hehe.. alamatnye, tak jadi la..

gambar selingan : anak kesayangan ibu yg manja..
Semalam kami gi tesco. lewat juga pegi dalam pukul 9.. ramai gile orang kat tesco ampang tu.. kalah weekend.. sesak ko.. ikan pun dah habis. lagi pun, tesco tengah renovate dalam tu, sesak sikit.. orang pun dah gaji, tu yang lagi paadaaaaattt.... end up, amik yang penting2 saje.. dah dalam kul 10 leboh tu, siap la beli barang2, tak banyak pun, tapi cecah juga rm 80 lebih.. perbelanjaan berhemah..huhu.. pastu, bawa juga la si kenit tu main2 keta kat situ.. dia dah kenal dah.. nampak play gim kat situ, terus jerit2. anak anak.. ibu kasi main keta doremon jek..hehe..

excited nak main ni..  sekarang ni, gambar aqil sume mcm ni. tak de pose yang menarik ok.
ni kira ok la ni, klu tak, ada yang nmpk belakang badan je..
hp ibu dah tak elok, nak rekod video putus2.. ni aqil punya keje la ni suka baling2..
kan ibu dah kena beli hp baru.. tahun bila la tu yek..ekeke..

hari ni, insya-Allah aku puasa.. dah lama tak puasa.. aku tak de puasa ganti, tahun lepas clear.. hihi.. perut ni pagi2 dah rasa pedih2.. semalam tapau nasi, lewat juga makan.. harap2 dapat bertahan sehingga waktu maghrib.. masa kat induksi, makan 6 kali sehari, naik la 1kg, bila dah balik sini makan 3 kali sehari jek, tu pun makan tak betul, turun balik 1kg.huhu.. nak makan apa la hari ni.. kalau tak lembik, aku masak le. kalau lembik, bungkus saje.. yang sedap2 plak tu.. fruity ke, lasagna ke.. ehem ehem.. kecur air liur..hehe.. oppss.. perbelanjaan berhemah jangan lupa..

okey.. dah.. sambung keje balik.. bye!!




2 comments:

Sharinginfoz said...

ok juga tesco ampang tapi memang tak pernah rasanya pi malam......

Memang Carrefour Silap

Suliana said...

ingatkan pegi mlm tak ramai org compare weken, tapi lagi teruk..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails