Tuesday, July 13, 2010

perkembangan aqil setahun lima bulan :-)

Assalamualaikum..

Dah lama tak cerita tentang perkembangan aqil anak teruna ku ini.. minggu depan, aqil dah setahun setengah = 1 tahun 6 bulan = 18 bulan.. alhamdulillah.. dah semakin bijak anak ibu ni.. nak belajar cakap pulak dia ni.. bila ajar cakap sebut perkataan tertentu, dapat la dengar 'lagu' perkataan tu, tapi butir2 hurufnye memang lari terus..hihi.. kadang2 kami tergelak dengar perkataan apa yang akan keluar dari mulut dia.. contohnya kalau "yeye" dia akan sebut "dede" .. perkataan yang memang clear dia sebut ialah nenen, tok, ayah tu biasala, ibu tu kadang2 je aku dengar.. apa lagi words yang selalu dia sebut eh, lupa plak ..

Dari segi makan, alhamdulillah, aqil ni makan tak de masalah. cuma, kalau dia tak nak makan tu kami tak paksa la.. tapi kejap2 tu ada hulur juga nasi tu.. kadang tu, anak2 ni mula2 dia tak nak, pastu, dia nak pulak.. tapi, kalau di taska, aqil ni memang suka makan. yela, ada kawan2 kan, selera bertambah la tengok orang sume makan, jadi dia pun nak makan juga.. tapi, bila dia tak nak makan & lebih kepada nak mengacau ibu dia makan tu yang sakit hati tu.. sume nak kacau, habis sepah2.. hehe..

Keaktifannya juga boleh tahan.. suka nak main jek.. kami tengok dari jauh je la, kalau tak merosakkan harta benda rumah & tak membahayakan dirinya, biar je la.. hehe.. tapi, kebanyakkan, hanya jeritan si ibu & ayah yang kedengaran.. haha.. itu memang tak dapat nak dipisahkan dengan aqil.. kalau tengok tv tu, especially lagu2 & zikir2 tu, tekun dia dengar.. agaknye budak2 ni memang macam tu kan. suara pertama yang didengar semasa keluar dari perut ibu ialah suara azan. so, bila dia dengar dalam tv, mesti dia kata "macam pernah ku dengar suara ni" tu belum lagi tangan duk di telinga macam nak azan tu.. hehe..

haa.. tu jela perkembangan aqil.. dah 10 kg kot.. actually aqil ada missed monthly check up dia 28 Jun yang lepas. sebab dia duk kat spital kan.. insya-Allah kalau tiada aral, next week ke or next month ke boleh la pegi.. kena cucuk la kalau tak silap aku, cucuk 18 bulan.. jangan la dia demam lepas tu.. aqil, be strong okey.. okey, tu je la.. tak de gambar yang menarik sebab kabel aku ntah mana letak nye.. kat umah kot.. stress aku.. huhu..

last but not least, terima la gambar aqil dari ntah file mana2.. wassalam :-)


hi!! saya aqil..

masa ni ibu gi induksi, saya bermuka sedih saje.

posing macam ni ok??
macam ni pulak?? cantik tak kaki saya.. hehe..

7 comments:

Mama Qiestina said...

hihi macam qies sukeeeeeee sgt dengar azan,kusyuk je dia :)

aqil makin lama dah muke ko laaa.

Me_Lina said...

dah boleh loncat2 blom? heheheh alya kak ena dh loncat2 dah... mulut mcm bertih jagung... tp bahasa dier lak... kira berat mulut gak alya ney... hehehhehe...

ARNA said...

wah
dh besar aqil... 18 bulan
bestnya.

Suliana said...

mama qies,

yela, budak2 mcm tu kot ek.. hehe.. ye ke mcm muka aku.. :-) senyum lebar sampai ke telinga. selalu gak tengok cermin muka kami ni, apa yg sama tu eh. hehe

nana,
seronok tgk dia membesar :-)

kak ena,
loncat2 belum lagi, memanjat jek.. hehe..aqil pun malu2 gak ni.. hehe

joyahsport said...

kih..kih...gambo yg last tu xtahan...ahaks...

salam kenal..

Suliana said...

joyah,
time kasih sudi dtg ke mari :-) datang la lagi yek..

Kmieja said...

tomei-tomei......macam model gambar bawah tu...hehehhe....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails