Friday, July 30, 2010

how to handle EBM?

Assalamualaikum..

Lewat petang baru nak meng'update'.. pagi tadi agak kelam kabut nak prepare itu ini untuk meeting bos2 petang ni.. huru hara jap, ngan tudung aku yang senget benget ni.. rimasnya pakai tudung kain lembik ni.. so, overall presentation hari ni failed .. hehe.. tak pela, janji suami kata cantik sudah.. haha.. tapi hari ni dia tak sebut cantik lagi.. aqil je dah pandai sebut. "ibu cantek tak?" "tanteekk".. haha.. anak aku dah boleh bercakap sikit2..

okey, cerita pagi tadi.. sebenarnya benda ni dah berdetik lama dalam hati aku. diajukan pulak soalan oleh ofismate yang sama juga menyusukan anak nye.

A: su, kalau susu sejuk dipanaskan terlalu panas, camana?
S: ha?? habisla bakteria2 baik dalam susu tu.. hilang khasiat susu tu..
A: habis tu, nak wat camana?
S: tak dapek nak  nolong.. maknanya baby tu minum air kurang khasiat la kot..

tu sedikit sebanyak perbualan aku dengan dia. dalam masa yang sama, aku teringat la aqil kan selalu demam. may be susu yang dia minum tu, tak betul cara pengendaliannya. dulu, aku ada ajar la ngan cikgu2 taska tu cara2 nak handle EBM.. tapi satu hari, kantoi ngan aku, bila aqil tak sempat minum susu, aku bawa balik. masa nak pegang susu tu, panas sangat.. pastu aku cakap la, "dik, susu ni tak leh panas2, nanti hilang khasiat dia" kalau ko rendam balik dalam air sejuk pun, tak de hidup balik nya bakteria baik tu tau..

lepas tu, pagi tadi, aku pun tanya lagi akak tu camana dia panaskan susu tu.. katanya, dia tahu, dah ada cikgu lain ajar.. ok, so aku explain sekali lagi. sebab orang nya selalu bertukar2 kan.. perlu ke aku laminatekan nota ringkas HOW TO HANDLE EBM? hmm.. kadang2 aku malas nak cerewet lebih2 ni.. tapi, kalau ikutkan susu formula pun tak elok panas2 sangat, sama juga makanan tambahan yang memerlukan dibancuh dengan air panas. nanti mati khasiat dia tu.. betul tak?? ke aku je memandai2 ikut fakta sendiri?

pastu, susu tu, kalau dalam masa sejam dia tak minum, kena buang.. nanti bakteria dari air liur dia tu akan masuk dalam susu tu.. kalau  EBM ni, suhu susu memainkan peranan penting kat sini. sebab rumah aku dekat jek, aku tak de la letak dalam cooler bag, hanya dalam box biskut munchis jek. harap2 la cikgu2 taska tu terus je letak peti ais. tapi tu la, tak leh harap ngan orang sangat mende2 macam ni.. okey la2.. camana nak buat ni.. nanti mingu depan la aku taip siap2 nota untuk taska tu.. ok, bye!!

p/s: teringat makcik pengasuh aqil. panaskan susu aqil dalam periuk sampai berlubang botol susu avent tu.. adusss...

2 comments:

ejaMaria said...

letihkan nak ngajar orang... guna bahasa melayu pun tak paham gak... tp akak klu bancuh susu pun tuang air panas, tambah air sejuk dulu... pastu baru masuk susu... makna nye susu tu jadi susu suam... bukan susu panas... apa2 pun klu kena air panas mmg la rosak kan?

Kaseh NazLieza said...

sadis tol smpai blubang botol susu event..uhuu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails