Thursday, July 1, 2010

breastpump Spectra 3 - dah service :-)

Assalamualaikum..

Ingat lagi aku cerita pasal pam spectra yang nak hantar servis tu??  hmm.. alhamdulillah.. dah selamat digunakan kembali. wow.. senyap gile, ni yang bersemangat nak pam lagi ni.. tak de bunyi macam generator TNB tuh..ehehe.. terlebih sudah.. tak de la bunyi macam tu, tapi kuat la bunyinya compare ngan pam baru.. memang senyap.. kagum jap.. dah servis mesin nya.. dulu susu pernah masuk dalam tu, so ada la tube lama yang kedai tu kasi balik tunjuk sisa2 susu tu.. lagi, yang kena tukar adalah membrane putih tu.. dah jadi kuning2, so tak leh pakai dah.. murah je, sepasang rm18.. benda macam tu pun 18 hengget kan?? tu la nadi sedutan nya.. kalau tak de, jangan harap la pam tu nak sedut susu tu..


Hasben aku cakap (sebab dia yang didenda hantar ke subang), tube panjang  tu pun kena tukar. tapi aku rasa macam ok je lagi, cuma kena bersihkan skit la. rendam dalam air, then keringkan 2 hari. aku tak sabar, semalam dah gi rendam dalam air.. macam tak hilang je daki2 dalam tube tu.. may be boleh basuh lagi then weken ni boleh jemur.. total servis RM70. kalau susu tak masuk RM 50 jek. tambah lagi tukar membrane RM 18.

so total untuk servis selepas setahun pakai adalah rm 88. berbaloi kan pakai pam ni. tak pelah awal2 melabur mahal sikit, pas tu ok dah.. tinggal nak jaga elok2 & servis je.. komitmen itu penting, lagi  berbaloi2.. upss. lagi satu, lupa nak story, masa hantar tu, aku pakai pam manual jek, rasanya, kalau baca dalam susu ibu, dia macam kasi replacement pam. tapi, hal ni aku terlupa nak suh hasben aku tanya kat kedai tuh.. macam tak dek jek.

oleh kerana pakai manual pam, susu aku 3 0z je, lalu macam kecik hati nak pam. simpan untuk direct feeding waktu amik aqil nanti. Tapi, hari ni aku pakai pam berganda, alhamdulillah, susu dah naik sikit jadi 5 oz.. boleh la kan.. aqil pun dah ransang susu ibu seminggu ni.. harap2 naik balik. lagi satu, aku minum soy melilia tu rm 15.90, baru 3 kali minum.. ok kot, penyumbang juga tu.. :-) tapi, hari ni aku puasa, perut dah mengigit2 ni.. sabar....

Pam aku ni juga dah dapat beg baru  ^_^.. ingatkan nak beli beg yang memang khas spectra punya, tapi RM 150. tak pela, pakai je lah beg induksi aku yang best ni.. macam2 boleh sumbat..hehe.. termasuklah cooler beg & handbeg sekali.. sekarang ni rasa macam rimas gile aku pakai handbeg.. tapi, kalau tak pakai, mana nak sumbat segala mak nenek yang kecik2 tu..

lupa weii aku nak buang nama aku kat beg pagi tadi.. tgk gambar baru perasan..haha
beg ni memang besar, bayangkanlah beg masuk dalam beg. ada 2 beg leh sumbat.huhu

okey.. tiba2 macam dah panjang lebar cerita pasal pam ajek.. bye.. wassalam..


16 comments:

ARNA said...

Wah semangat induksi betul. Biarla tag nama tu, kalu ilang senang org nak cari tuannya. lg pun ada 70 org ada beg yang sama.

warriorlady said...

hi dear,

i nk tanya, kat mana u service your spectra 3... my machine suddenly not function :(

please email me at syahida.ismail@gmail.com

thx...really need your help...

Anonymous said...

as salam...i pon nak tau kat mana nak service pump ni. tadi baru je masuk susu...dah bunyi srot srot

Anonymous said...

oooohhhh.....email i kat roslilawati@sapura.com.my

~~love irfan~~ said...

salam, sy nak tau gak service mana..pam dah mcm kejap slow kejap ok. ntahla..bunyi pun kuat je. tlg email kat sy ye. hamidah2512@yahoo.com.

thanks sgt2 atas blog ini

Rena Hamdan said...

Salam...Hi thank a lot dear. Your blog safe my beloved Spectra 3..he3...Syukur Alhamdulillah...I bawak pegi centre dia tgh arini (cepat2 berkejar sbb lunch hour dorang pukul 1) utk servis..I dapat servis on the spot, masalah suction. Lucky still in warranty. Dia buka my S3 dan dia kata tertanggal part kat dalam tu...Thanks2 again for sharing. Your blog are so meaningful to those mommies out there yg ada masalah spectra ;)

Suliana said...

rena,

welcome.. sama2 membantu kan :-)cepat juga diorg servis kan.. slmt mengepam!!

Anonymous said...

salam sue..
Tengah ada masalah pump..spectra tak berapa nak menyedut ni..tgh cari kat mana boleh service...boleh email saya? tini@stats.gov.my..tqvm

Anonymous said...

Salam nk tny,kat mana pusat servis tu ek
.Boleh emailkan kat odahpop@gmail.Com....Tq

Qaseh said...

As salam, kat mana u service breastpump tu? kalo Tommee tippee punya pump diaorg boleh service tak? email yg_atira@yahoo.com

our memories said...

Saya follower baru u. Jemput singgah ke blog saya. saya jumpa blog u sbb saya tgh cari kat mana nak servis spectra saya. very good info for me. tqvm

The Street Walk of Life said...

salam boleh tumpang tanya kat mana hantar service spectra tue yer...mind sharing with me...please email me : izatun@gmail.com..thank you very much

Sajian Saajidah said...

Boleh share, kat mana Su service Spectra 3 tu? saya punya pun dah macam kena hantar servis gak nih, tapi x tau mana tempatnya :). Thanks in advance megustelazul@gmail.com

Siti Asiah said...

Asiah pun guna spectra 3 gak. dh 9 bln dh guna pam ni. bunyi lain macam dah. nk kn g htr service kot...htr service kat mana ye?

wan norfairuzwanie said...

Hi...blh pm x lokasi service...thks...pm money852001@gmail.com. ..

Aisyah Khalid said...

Salam sis blh tlg share x nk service pam spactra tu kat mne?? Email sya plz....sinsingmsaisyah@gmail.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails