Wednesday, June 30, 2010

stok susu aqil masih ada

 Assalamualaikum..

Semalam aku kata nak cite pasal susu aqil kan?? ok, hari ni kita sambung :-) sebelum tu, ingin diingatkan kita nak share experience saje ok.. nak kasi idea la pada kawan2 yang akan outstation tu.. hehe..macam poyo la plak cite. aku ni cerita bagai nak rak, tapi kadang2 hampeh juga. senang macam ni, korang ikut yang baik2 je, yang tak baik korang tak yah ikut la.

Hasil tangkapan ikan perahan susu di induksi, alhamdulillah, berjaya juga la membawa balik sedikit bekalan untuk aqil. So, sepanjang ibu dah balik ni, aqil continue minum susu ibu plak. tak pandang dah susu anmum tu.. huhu. nanti susu ibu dah tak de, aqil minum balik la.. untuk pengetahuan semua kawan2, susu aku ni dah deerooppp 50% ok. sebelum pegi tu, memang dah ada bau2 nak drop la. masa sampai kat perak tu, first day, kira banyak la sebab dah seharian tak pam.

Masuk hari berikutnya, dapat 2-3 oz aje setiap kali pam.. aku tak nak la tensen2, sebab nanti susu tak mo kuar. dengan jadual yang padat, salah satu penyumbang penat. bila penat, susu pun merajuk la.. tambahan lagi, jeling2 kawan aku shud tu, fuhhh.. lagi physco, boleh tahan susu dia.. tak pela, sedapkan hati aku walaupun aku dapat 2oz je. dalam 20 minit juga aku pam tu.. macam tu juga resultnya..


ni hasil susu ku selama 2 minggu. letak dalam box ikan beli kat kedai brg2 plastik rm 7.50 je. air batu beli kat 7-e (eh, tak bayar lagi duit shud). kena hati2 masa nak simpan susu dalam box ni, sebab takut kena bucu2 ais yang tajam tu.. alhamdulillah, 2 jam perjalanan tak cair lansung. buka box, berasap2 lagi.. cepat2 masuk peti ais. jangan tertipu ye, susu ni banyak yang 2-3oz jek..hehe..

balik2 rumah, memang dah agak, botol2 MLO, Bumble bee akan bersepah2.. huhu.. bila la nak penuhkan balik ni.. rasanya macam tak de harapan jek.. tunggu adik aqil nanti baru berisi agaknye botol2 tu..

masuk kabinet je la lepas ni agaknye..

nak tengok wajah ceria aqil sebelum kuar wad.. ni dia.. bersemangat nak balik tau.. habis sume orang dia salam especially nurses yang sangat ditakuti tu.. nape gambar ni pecah2.. hmm.. sebab aqil tak duduk diam kot ni..
yang ni dah sampai kat umah, tok ma masak ikan singgang.. sedap aqil makan.. tapi, aqil sekarang ni dah pandai nak makan sendiri.. kalau nugget tu, boleh la kasi pegang sendiri, kalau nasi??? nak makan pakai sudu.. habisla berterabur.. dah pandai merajuk2 dah sekarang ni.. panjang cerita plak kalau nak dipujuk.. aqil juga dah pandai la sebut IBU!!!!! suka ibu.. word 2 suku kata ni kan susah sikit nak sebut..lagi perkataan nya ibu cantik, jatuh.. ni ayah yang ajar agaknya 2 minggu ibu tak de..

ok, last but not least.. gambar pagi tadi.. tengah pakai kan pampers dia, dia snap gmbr sendiri.. tapi separuh jelah.. huhu.. tu pun sebab tertekan button snap tu..

okey la.. actually aku tak de mood lagi nak wat keje.. buat juga la, tapi tak bersungguh2.. apa la.. dah la baru balik induksi, mesti la ada semangat yang tinggi. ni tak, balik2 induksi terus datang lambat wei.. dah 2 hari aku masuk 8.30.. aargghh.. byk merah ini bulan... sedap tido sampai tak sedar dah terlajak.. huhu.. ok, bye.. wassalam..

5 comments:

suhaida shukor said...

hehe. sian nya dengar dia salam semua nurse kat situ. mesti dia happy gila nak balik.. sayang Aqil.. BALEK LA SINI. I MISS HIM ='(

ejaMaria said...

hehehehe... sedap dapat tido atas tilam sendiri, sbb tu terlajak tido... hehehe

Suliana said...

ida, meh la datang sini.. jaga kan aqil sementara ibu & ayah dia hang out..hehe

Suliana said...

kak maria,
yelah, belum dapat rehat yang sebetulnya sejak balik rumah ni..:-)

shazafaris said...

kak sue, byknye stok akak buat..fiza fully bf jgk tp kagum tgk stok n botol susu akak yg byk :)
fiza pam wat stok harian, kalo weeken br byk lam peti tu..ni duk umah sndr sng sket nk wat stok , kalo x, berebut space peti mak mertua hehehe, awl2 nk fully bf ari tu sdey gk mak mertua n kak ipar tak phm, siap suh fiza bg susu formula tp faris cerdek, xmo susu formula, siap muntah2 spnjg hari, sdey fiza tgk, g kt specialist, doc ckp faris alergik susu formula, so, fiza kuatkan semangat nk bg fully bf..
cane care akak wat stok n maintain byk susu? bg tips sket? hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails