Wednesday, June 2, 2010

semalam karen takde ..

Assalamualaikum..

Balik petang semalam, rumah kami tak de elektrik. memang TNB ada hantar notis nak shut down supply, tapi kami terlupa. sampai je rumah, tekan2 remote gate, tak buka2.. ingatkan remote dah habis bateri, rupanye tak de karen.. huhu..

Terpaksala suami ku memanjat pagar rumah sebelah nak buka pintu rumah . Yang kunci manual untuk buka gate tu pun tak tahu la apa masalahnya, ketat gile, takut patah jek kunci lagi haru.. may be dah rosak juga, tu yang tak boleh buka.. Suami dah panjat, aqil pun dah hulur ikut pagar atas.. Aku?? aku tak leh le nak panjat sama, buruk benor orang nampak. dah la pakai baju kurung, jiran2 berlegar2 kat luar rumah, malu i :-) terpaksa la duk dalam keta je, pastu gi masjid sebab belum asar lagi.. Dah lama tak menjejakkan kaki ke masjid. insya-Allah puasa tahun ni nak cuba gi masjid kalau aqil baik perangai.. 

Okey, balik dari masjid, karen tak de lagi. Dalam pukul 7 baru la ada. yeay!! boleh masuk rumah dah. tiba2, lampu tu kejap ada kejap tak de. dah la malam tu macam kena duk umah sorang sebab suamiku ada kursus kat De Palma Hotel Ampang. Hmm.. nak tak nak, ikut juga la.. kang buatnye on off je lampu ni, takut makcik!! So, lepas makan malam pada pukul 7.30 ( tak masak ye ), siap2 nak pegi hotel tu. Dekat je ngan umah aku, tapi sebab jem, sampai lambat juga.

Masuk bilik je, aqil macam dah muka pelik, dia ingat aku nak hantar dia kat rumah sape la plak ni. Tak nak lepas ok. sampaila aku pujuk dia tido, sejuk kan, lena gak dia tido. Pastu, dalam kul 10 lebih, ayah nye dah habis keje, kami pun balik umah balik. . tak tido situ sebab nanti pagi2 susah nak hantar aqil ke nursery. jadinya, hari ni aku drive sendiri.. hehe.. apa cite aku melalut ni..

Ok, bye..

p/s: tak bawa kabel hari ni.. ingat nak letak gambar, tak de la plak. ada orang sabotaj ni..hehe


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails