Friday, June 11, 2010

Moga dipermudahkan segalanya..

Assalamualaikum..

Sekarang tengah waktu rehat. Sempat la aku nak update cerita hari ni . Hari ni bangun pagi pukul 6, ada senaman pagi.. dah lama tak bersukan, rasa penatnye.. Aku kena lari & orang last sekali. yang sampai.. hehe.. lari ke jalan.. badan je kurus, tapi stamina tak de..

Aktiviti hari ni lebih kepada perkenalan antara peserta.. seronok juga la, tapi macam budak2 sekolah.. hmm.. standard la kursus macam ni memang ada aktiviti begitu.. bila lagi nak merasa jadi budak sekolah balik..


ok, aku duduk sebilik 4 orang ngan kawan2 kesayangan ku.. shud, nana & nana arah.. bila dah berkumpul ramai2 ni, macam2 la karenah nya.. tapi, semua baik2 saje.. kat sini leh jumpa kwan2 lama yang dah lama tak jumpa..

ni pic semalam, tgh demam.. taklimat awal.duduk ngan shud


ni nana & nana arah..ibu pregnant :-)

Bilangan peserta adalah 69 orang. yang mengandung ada 10 orang. fasilitator kata pecah rekod kali ni, ramai yg preggy..huhu.. laki pulak dalam 30 org tu, 8 org je yang merokok.. baik betul laki2 yang tak merokok tu.. macam tak percaya je sikit sangat yang merokok nya.. sape nak hisap rokok, kena duduk dalam kumpulan dan cari "sudut maut"..kelakar nama dia..

ni orang laki tengah sembahyang jumaat. kami yg perempuan, lepak2 dalam bilik. ada yang basuh baju & tido.. aku dari pagi tak mandi lagi..hehe.. tak cukup time. jap lagi baru nak mandi. okey, bercakap pasal masa, aku dah tukar timing pam. aku pam pukul 8 pg, 1ptg, 6ptg & sebelum tido pam. hasilnya, alhamdulillah.. tak drop lagi. Allah Maha Besar. Segala apa yang ditakuti telah dipermudahkan. Ada kawan bawa mini bar & selepas 3 hari boleh simpan di peti dewan makan. tadi dah tanya makcik kantin tu, dia kata ok. dah pernah kursus2 sebelum ni ada orang tumpang.

pastu, waktu balik, boleh masuk dalam kotak jual ikan & beli air batu kat 7-e, dekat je kat sini & salotape keliling kotak tu untuk elak udara kuar masuk.. perjalanan nak balik nanti makan masa 2 jam lebih je, ok kot, tak de la cair susu tu nanti.. Alhamdulillah, harap2 dipermudahkan..

lagi satu, semalam sian ayah aqil. kena EL hari ni. anaknya tak sihat, asal malam je, demam. dia cari nenen ibu!!! sedihnya ibu dengar aqil macam ni..ibu minta maaf sayang..aqil permudahkan lah keje ayah..sian ayah sorang2 uruskan aqil..ibu rindu aqil.. mmmuuaahhh..

 

5 comments:

Nur Hasyimah Mahasan said...

ayah n aqil pun rindu ibu gak kan...Insya Allah segala dipermudahkan..

SiNoMoSa said...

salam ngah,

uiks rasa cam ramai je batch kita yg pi kali nie?
aler sbnrnya tak brp best sgtkan? sbb diriku tak ada haha
salah seorang yg merokok tue mesti aidy kan haha

Ilhamny.com said...

cian aqil..moga dipermudahkan segalanya..aminnn..

lily lotus said...

comelnya budak dalam last pic tu...

Suliana said...

time kasih sume kerana bagi smgt ;-)

kak shim,
ramai batch kita kat sini.. aidy la ketua sudut maut tu..hehe..gaban pun ada gak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails