Friday, June 4, 2010

minggu ini...

Assalamualaikum..

Salam hari jumaat semua!! minggu ni agak meletihkan aku. aku rasa proses letih ni akan melarat sampai la aku habis induksi. Time ni la sidia nak pulun aku habis-habisan, siapkan itu, siapkan ini. . Sebab minggu depan akan tak jumpa dia direct. May be la tak jumpa, tapi kadang2 tu dia kata cuti, tapi dia datang keje juga. so, tak dapat nak dijangka kebahagian aku minggu depan nih.. huhu.

minggu ni juga aku tak buat keje rumah lansung. balik rumah, siap2 ikut hasben aku pegi bengkel kat De Palma tu sampai kul 12 baru sampai rumah balik. boring plak duk umah sensorang kan. dengan aqil yang semakin aktif , tak larat.. hari ni plak, lepas balik keje kena balik lenggeng, sebab parents in law nak berangkat pergi Umrah may be kul 3 pagi.. so, lepas balik keje, berdesup ke sana pulak.. wah.. gaya mengalahkan pak menteri ni.. kain baju sudah sebakul tak basuh, yang belum lipat pun ada. so, rasanya weken  ni nak melepak duk rumah je la, nak siapkan itu ini sebelum ke induksi.

Minggu ni juga, dah 3 hari aku bawa kereta sendiri... letih la, sakit2 badan aku pulas stering.. dah la keta manual, sakit lutut aku. Pastu kalau aku kuar lewat, jem manjang. alhamdulillah, pagi ni kenderaan lain seumpama memberi laluan kepada ku.. traffic lite pun hijau manjang..hehe.. Masa first day bawa kete, ada perkara yang memalukan diri sendiri & mendatangkan amarah pada semua orang!! aku tersalah masuk lorong touch n go. dengan konfidentnya aku beratur, tup tup tak de orang kat tol tu..aarrg.. sambil menjeling ke arah belakang. nasib tak de orang hon. sori ye encik2 semua. kalau laki aku ni, habis sebakul makian kena kat orang yang salah masuk lorong tau.. malu!! tak pernah lagi terjadi seumur hidup ku..huhu

okey.. tengahari may be berjalan mencari baju putih, nak kena pakai masa induksi.. duit lagi!! bak kata akak cleaner aku "duit kan datang lagi" isk, terkedu jap.. ye la kak, tapi nape cepat no habis ni.. tak bayar zakat kot..huhu.. ni satu lagi perkara yang asyik bertangguh je ni.. susah sangat nak pegi kaunter zakat tu.. insya-Allah pasti pegi..

Okey doke... membebel je pepagi ni. badan letih, mata merah je ni.. bye!!

4 comments:

Sharinginfoz said...

tak apalah kan letih sekali sekala.....nanti ada masa rehat cukup2 ya

Apasal Kena Baca Newspaper?

Nur Hasyimah Mahasan said...

cian tersalah masuk lane tol la plak..but smlm syima geram ngan somebody ni..bukan main laju kat smart tag lane..tup2 tak de smart tag.hangin je raser kat mamatku..terpaksa diriku reverse..huhuhu

lily lotus said...

siannya. dpt rest nanti qada' cukup2 :D

Suliana said...

mr info,
maceh :-)

syimah,
mujur tak pakai smat tag..hehe.. sabo la byk2 masa drive..

lily,
esok baru leh tido betul2..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails