Wednesday, June 2, 2010

Milk booster

Assalamualaikum... 

Selamat malam. bersiaran dari De Palma Hotel Ampang. . chewah.. kejap je ni, jap lagi dah berangkut masuk keta balik. datang malam je..hehe.. Nak cite ni. tadi siang, sempat la aku menyinggah di booth Lunatot kat Maju Junction ni.. berdebar2 masa nak pergi tu, tak tahu kenapa. konon2 dapat la jumpa tokey kedai nye, datang2 jek, tokei nya tak datang hari ni.. semalam je ada sampai kul 7 mlm..huhu.. tak de rezeki nak jumpa.. orang busy lah katakan.. 

Seronok aku menengok2 barang2 kat situ. dapat dengar juga explanation dari staff nye pasal CD. nanti dapat gaji hujung bulan ni nak beli CD Lunatot pulak. CD yang sangat aku idam2 kan tapi tak beli2..hehe. Lain sikit CD nye compare ngan CD yang aku pernah beli. Dari segi material kain tu sendiri memang lain. Patutlah harganya mahal sedikit.. Nak beli package of 5 samada button atau velcro. button 5 keping RM 210, manakala velcro plak dalam rm230++.. nak amik gambar, tapi malu plak kat staff lunatot tu..hehehe...

Apa yang aku beli?? haa.. ni persediaan nak pegi induksi ye kawan2. tak payah bawa botol banyak2. hanya bawa plastic untuk simpan susu. Ada 100 keping untuk 8oz susu. Pam guna botol, then tuang dalam plastik ni, masuk peti ais kantin, kalau la ada.. insya-Allah ada, dah tepon tempat induksi tu..hehe.. plastic ni dah sterelise, so tak payah risau untuk basuh ke apa ke.. tapi agak nipis compare dengan brand satu lagi yang mahal sikit. tak pela, janji ada..

 
 begini rupanya selepas di buka dari kotak..
 

lagi, aku beli ini!!! nursing tea to increase breast milk. trial pack rupanya. RM 11.90 untuk 5 uncang. test minum dulu, kalau serasi baru beli kotak besar. esok la nak mula minum.. aku saje beli ni, susu aku ni kadang2 macam merajuk sikit. kadang ok, kadang tak ok. tak ok pun tak de la teruk sangat, sekadar 2 oz ke 3 oz kurang nya. tapi, boleh juga mendatangkan kerisauan ni. banyak lagi milk booster yang dijual tadi, contohnya fenugreek & pil ASI, tapi aku memilih yang paling murah ini.. hehe.. ongkosnya enggak ada buk.. mau jimat2 nak beli itu ini nak ke induksi.

Untuk ibu2 yang risau nak makan apa untuk banyakkan susu, salah satu kaedah nya adalah benda2 macam ni la selain daripada tumbuh2an asli atau ulam2an atau sayur2an. Jangan risau, benda2 ni pun dari herba2 juga, cuma dia kasi kita senang makan jek.. macam fenugreek tu adalah rempah yang buat nasi dagang tu, bijik kecik tu, halba kot ..hehe. cikgu tak cukup pengalaman ni, kurang arif skit nama benda alah ni.


Kalau korang tak de lagi panduan untuk mengepam susu, menyimpan susu etc2 dan sebagai bahan rujukan, boleh refer buku ni tau. PANDUAN PENYUSUAN SUSU IBU BAGI  IBU BEKERJAYA. Buku ni beli online pun ada. Aku beli ni masa pregnant dulu, nurse kat klinik jual rm 10. Mulanya macam, alah, apa2 aje la nurse ni jual2 buku plak. amik je la.. rupanya, sangat berguna & menjadi kitab ku sepanjang pantang.. dah koyak2 renyuk2 dah.. sangat berguna okey..


Lagi satu, aku baru je lepas minum kopi RADIX. kat De Palma ni, memang orang HPA selalu buat talk kat sini. dan dalam bilik2 hotel ni ada disediakan kopi radix 2 peket, teh manjakani 2 peket. Ada orang kata kopi radix ni boleh menambahkan susu. Okey, aku dah minum. Kita tengok hasilnya bagaimana... (sambil mengepam ni, dengan harapan susu ku banyak..muahahaha.. jangan harap le, esok la kita tgk hasilnya..)


Kenapa mesti nak tunjuk gambar?? hehe..

okey okey.. dah panjang lebar ni menulis.. sampaikan hasben aku kata dah jadi pakar motivasi ke apa aku ni, pandai2 jek nasihat orang.. huhu.. kitakan share pengalaman kan..ok bye..wassalam..

3 comments:

ejaMaria said...

mmm... bidan akak ajar, masak susu atas dapur, letak halba sket, pastu minum suam... insyaAllah membantu menambah susu badan :)

Sharinginfoz said...

semoga dipermudah segala urusan...

41% Penjawat Awam, Rasuah?

SiNoMoSa said...

Salam Ngah,

FYI, Kalau akak tak silap HPA merupakan pemegang share bagi seluruh caw De Palma Hotel..That y, hotel tu enhancing syariah environment..Kalo jadi ahli bleh dapat diskaun kat hotel tuh..jom jadik ahli bwh akak hahaha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails