Thursday, June 3, 2010

betul ke tindakan ku ini??

Assalamualaikum..

kejap tadi aku pegi giant kat bawah ni. saje-saje nak menegok, tetiba ternampak bahagian susu. hmm.. aku belum decide lagi nak kasi aqil minum susu apa, lagi seminggu nak berpisah ni.. tengok punya tengok, lalu memilih ANMUM Infacare untuk aqil. hmm.. betul ke tindakan aku ni? makcik pening.. rasa bersalah sangat ni. Boleh ke aqil minum susu ni. sebelum ni, aku ada cerita nak kasi aqil fresh milk, dah kasi dah minggu lepas, dia minum sikit je itu pun sebab sejuk peti ais. pastu dah terus NANAK.... kenapa aku memilih ANMUM? sebab masa pregnant pun aku minum ANMUM dan sampai sekarang masih minum ANMUM LACTA. Jadi, konon-kononnya aqil dah pernah rasa ANMUM ni masa dia dalam perut .. pandai2 je aku buat assumption.

beli kotak kecik je yang 200 gram = RM 12.90. cukup ke tak eh? kalau tak cukup, aqil minta ngan ayah je la yek..hehe.  mahal juga kan harga susu ni, aku tak pernah tengok pun rate susu2 di pasaran. tengok tadi, ish ish ish.. patutla ibu bapa ni tak beli apa2 pun untuk diri sendiri, untuk anak2 je dah berapa ringgit bajet bulan2 tu. aku ni pun fokus kat pampers skit je, dah bising.. pas ni nak fokus kat Cd aqil plak, terus jimat bertahun2..ahahaha

 sesuaikah ??

untuk pilihan kedua, DUTCHLADY strawberry. Boleh ke ni?

kawan aku kata tak elok kasi anak minum air warna-warna ni.. hmm.. sebab hari tu aku beli plain milk dia tak nak, aku kasi rasa strawberry plak. kalau aqil tak nak juga, ibu minum.. stok susu ada dalam 30 botol lebih lagi..  macam tak cukup ni. aku ada weken ni je nak topup apa2 pun.. sian anak ibu.. sekarang ni, makin aku nak pergi, makin kuat dia mengendeng.. sikit2 selak baju. anak ni pun faham agaknya dia kena berpisah ngan ibu dia. asal aku balik je, mesti la dia nak ngamuk2 minta perhatian. . pening ibu sayang ooii.. mesti masa aku balik nanti dia dah pandai cakap tak?? ish ish ish.. advance betul ibu ni..hehe..



sedapnye dia tido. lepas ni boleh ke tido nyenyak kalau ibu tak de..aqil ni tak suka selimut tau. kalau aku sejuk, dia boleh maintain je tak nak selimut.. kalau aku selimutkan, menggelupur nak kuar dari selimut tu..hehe.. anak anak.. semalam aku gi hotel tempat hasben aku kursus tu & jumpa la opismatenye.. boleh plak dia nak ikut acik2 tu balik, siap menangis2 lagi aku nak amik dia. suka betul ikut orang berjalan & naik keta.. kalau tengah tido tu, mata boleh buntang naik keta..

perkataan terbaru aqil  "MOON". kalau dia cakap tu, sampai muncung2 mulut.. hehe.. kelakar anak ibu ni. nak belajar bercakap, tapi sepatah haram ibu tak paham kecuali bebed, moon, nanak, ayah.. cakap ibu tak pandai lagi.. kalau time makan tu, nak baca doa siap tadah tangan sambil bak bak (allahuakbar).

gonna miss u son.. okeyla.. nanti kita cite lagi k.. bye!!




9 comments:

Nozie Yusof said...

marah jugak nk citer nie...fahry pon menum susu nie jgk. sy dh campor dh.
ok la serasi ngan fahry sbb ok je sistem penghadaman dia.

kalu buleh bg BM semax yg buleh...huhu

Suliana said...

NOZIE,
insya-Allah .. memang itu yang diharap2 kan.. pas balik induksi, continue balik. tapi susu ni macam back up je.. mana lah tahu sang suami atau sape2 nak ke perak gi amik susu - kalau ada peti ais le..hehe

Nozie Yusof said...

moh le kite ke peok yeop!! adui le 'ate kome kawan' la kat sini..

Suliana said...

nozie,
kalau ada problem peti ais, akademi belia ni dekat ke ngan umah nozie tu?? leh tumpang susu skit..hehehe

MaS PuTRi said...

bagi la susu biolac suliana.. saya guna biolac campur dengan makanan baby nanti, keluaran era edar jugak

Nur Hasyimah Mahasan said...

susu formula ntk backup kan...hopefully stok cukup untk aqil
sama la ngan irsyad..tido tak nk selimut gak...

Suliana said...

haah.. insya-Allah..

irsyad pun tak nak selimut juga?? hehe.. budak2 ni perangai sama je kan..

Ilhamny.com said...

sue, rasanya susu yg paling dkt ngan susu ibu ialah infapro A+..dulu masa linda fully BF, tp kalau kena outstation mmg pakai susu tu jek, susu lain anak xnak..then buat survey pun ramai yg kata susu tu yg paling hampir ngan rasa susu ibu..

AMIIZAA said...

hehehhehe memang glamer aqil...:) aunty doakan moga aqil sihat dan menjadi anak yg solleh dan bijak:):)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails