Tuesday, June 8, 2010

aqil demam weii..

Assalamualaikum..

Aqil demam lagi.. semalam badannya panas tapi under control lagi. Merengek je la, tapi still nak main2 jugak.. Dah lama juga aqil tak demam, kiranya ibu & ayah ni memang tengah stand by bila waktu aqil nak demam.. Ibu punya hati ni memang kuat la dia punya firasat tu. Bila terdetik je perasaan tu, memang betul dia jadik.. korang ada rasa yang sama tak??

Dan semalam juga, dia bangun tengah malam pukul 3 nak ajak main handphone nak tengok video.. dan dan tu juga dia tengah memerut.. aisshh.. aqil jarang yak yak tengah malam tau. terpaksala ibu bangun juga basuh yak yak aqil tu, takkan nak peram sampai pagi..oww.. lately aqil nye najis tu agak keras tapi tak de la macam batu, kurang minum air kot. dia bangun tak de la plak merengek ke apa, sebab dia ingat dah siang & nak main..huhu.. So, nak cite yang ibu ngantuk pagi ni ye aqil, sebab layan aqil malam tadi..

Aqil, ibu harap aqil cepat sihat ye sayang.. ibu nak gi kursus dah ni.. aqil tahu tak kursus ni untuk apa?Untuk sah jawatan ibu dalam kerja gomen ni. dalam tempoh 3 tahun tu, kena confirm, sekarang ibu dah nak masuk tahu kedua. banyak la benefit kerajaan yang ibu boleh gunakan kalau dah confirm, macam boleh buat loan umah, boleh kuar semua duit KWSP (mata ibu kan blink blink $$$ aje), nanti dah tak de potongan KWSP, ibu leh dapat penuh gaji tu kalau ibu memilih untuk pencen.. kalau ibu dah pergi kursus ni, ibu boleh buat pelarasan gaji (berdasarkan pengalaman kerja di swasta) yang semua orang macam malas nak buat, hehe.. untung keje gomen ni, tapi gaji macam tu je la tiap2 bulan..*sob sob*

Oklah, tetiba je dah hari selasa, esok dah rabu. Ada 2 malam je untuk aqil berkepit ngan ibu ni.. sian aqil kan. Ibu harap aqil minum la susu ibu & susu yang aqil tak mo minum masa ibu ada ni.. kalau aqil tak mo minum, aqil makan la banyak2 sikit2. buah ke, nasi ke, sayur ke.. ok.. (ni nak pesan kat ayah dia..hihi).. Cepatnya masa berlalu dah hari selasa.. cepat2 la 2 minggu tu berlalu.. i'm gonna miss my boys..


3 comments:

k.mieja said...

moga aqil cepat sembuhhh....take care juga kat mama....nk g kursuskan...

Suliana said...

thanks kak mieja :-)

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

rafiq pon demam..moga aqil cepat sembuh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails